1. Didalam zakar terdapat tiga struktur ereksi; ketika zakar dalam keadaan lembik maka zakar akan menyerupai seperti satu sponge yang berbentuk silinder – kecuali jika dalam keadaan normal akan menjadi membesar bila darah mengalir. Salah satu silinder terletak pada pangkal zakar mengelilingi uretra iaitu silinder yang bernama corpus spongiosum. Dua silinder yang terletak disisi bahagian sebelah atas zakar; setiap silinder ini bernama corpus cavernosum.
2. Corpora cavernosa (himpunan dari corpus cavernosum) berperanan dalam membentuk kekerasan zakar ketika rtegang, sementara itu corpus spongiosum membuatnya lebih lembut, hal ini dapat anda buktikan sendiri. Salah satu dari dua arteri utama zakar terdapat disepanjang pertengahan setiap corpus cavernosum dimana darah mengalir dari zakar menuju jantung melalui urat darah-urat darah halus yang terletak di dekat kulit. Kelenjar Cowper menyimpan cairan pelumas
Ejakulasi yang biasa disebut dengan "pre-cum". Bahagian batang dari zakar yang tertanam jauh didalam tubuh, menyebabkan mengapa batang zakar tidak bonyok seperti buah zakar. Disekeliling batang zakar terdapat jaringan penyambung dan seluruh batang zakar dilindungi oleh lapisan kulit yang tipis.
3. Ketika lelaki mendapat rangsangan seksual (baik secara fizikal ataupun mental), urat saraf dihantar ke suatu tempat yang terletak pada pangkal urat saraf tulang belakang yang disebut pusat tegang. Saraf tersebut terbentang melalui pusat tegang sampai ke zakar dan memberikan mesej yang mengakibatkan berlaku suatu substansi, iaitu asetilkholin, yang menyebabkan arterioles (arteri-arteri kecil) didalam batang zakar membesar atau melebar. Pada saat yang sama, otot-otot disekeliling urat pada pangkal zakar mengecut, mengahalang aliran darah keluar dari zakar. Akhirnya, batang zakar mula penuh dengan darah dan memanjang. Ketika memanjang, zakar secara keseluruhan mula membesar dan mengeras
4. Meskipun pusat tegang yang berada pada saraf tulang belakang berperanan dalam memberi ketegangan, tetapi otak juga memainkan peranan yang penting. Otak terlibat secara langsung mengirim mesej ke pusat tegang dan menyebabkannya melakukan aksi, hal ini dapat menjelaskan mengapa gambar-gambar yang merangsang ketika dilihat dapat menimbulkan tegang. Otak selain menyebabkan tegang, ia juga dapat menghalang dari terjadinya tegang. Sistem saraf terdiri dari dua subsistem – sistem saraf simpatik dan sistem saraf parasimpatik. Sistem saraf simpatik berfungsi untuk hal-hal yang berkaitan dengan rasa takut, reaksi balasan, dan ejakulasi. Sementara itu saraf parasimpatik berfungsi dalam hal-hal yang berkaitan dengan ketenangan, menggerakkan otot organ-organ yang berhubungan dengan pencernaan, dan sebagainya. Sistem saraf parasimpatik juga berfungsi dalam mengakibatkan terjadinya tegang.
Jika kedua sistem ini bekerja saling berlawanan, rasa takut – atau orgasme – ia boleh menghalang terjadinya ketegangan. Itulah sebabnya mengapa anda cenderung kehilangan tegang setelah ejakulasi, sedangkan orgasme merupakan suatu peristiwa besar bagi sistem saraf simpatik, maka pada saat orgasme muncul, hal ini pada dasarnya melemahkan sistem saraf parasimpatik untuk sesaat dan menyebabkan tegang menghilang. Dalam konteks ini, jelaslah mengapa impotensi (ketidakmampuan untuk melakukan tegang sesuai dengan tuntutan yang diinginkan) merupakan masalah bagi sejumlah lelaki – jika mereka merasa resah bahwa mereka tidak akan mampu melakukan hubungan seksual maka sistem saraf simpatik mereka yang mendominasi. Sebenarnya hal ini membuat mereka lebih sulit lagi untuk mencapai tahap ketegangan yang optimum. Maka kunci untuk menegang adalah merasa rileks.
5. Ketegangan zakar tidak semestinya berhubungkait dengan hubungan aktiviti seksual, terutama pada lelaki yang masih berusia muda. Tegang yang bersifat spontan merupakan hal yang umum dialami oleh para remaja lelaki, tetapi tidak ada yang dapat mereka lakukan untuk mengatasi hal ini. Tegang juga seringkali muncul pada saat tidur, dan menyebabkan anda bangun dalam keadaan zakar yang tegang
5. Ketegangan zakar tidak semestinya berhubungkait dengan hubungan aktiviti seksual, terutama pada lelaki yang masih berusia muda. Tegang yang bersifat spontan merupakan hal yang umum dialami oleh para remaja lelaki, tetapi tidak ada yang dapat mereka lakukan untuk mengatasi hal ini. Tegang juga seringkali muncul pada saat tidur, dan menyebabkan anda bangun dalam keadaan zakar yang tegang
via OhKisahnya
Sumber : GengViral
Blogger Comment
Facebook Comment