Dendam Cinta Ditolak,Anak Kecil Disimbah Asid

Dendam Cinta Ditolak,Anak Kecil Disimbah Asid|Karena dendam, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menjadi mangsa apabila muka dicurah dengan asid oleh seorang lelaki. Kanak-kanak berkenaan, Aditya Raj kini mengalami kecederaan dengan mukanya melecur dan berisiko kehilangan sebelah mata.
Dikutip dari portal mynewshub.cc ,Dia telah diculik oleh Mangal, 27, dari rumah mereka di New Delhi. Mangal berbuat demikian kerana marah selepas ibu Aditya, Soni Prasad, 25, enggan berkahwin dengannya.
Meskipun mengetahui Soni sudah berkahwin, namun Mangal tidak berputus asa dan tetap memujuk wanita itu melarikan diri dengannya.
Soni yang bosan dengan keadaan itu telah memaklumkan kepada suaminya, Jamna dan mereka telah berpindah ke tempat lain. Soni menyangka dengan berbuat demikian, Mangal akan berputus asa namun sangkaannya meleset apabila lelaki itu menculik Aditya.
Aditya hanya ditemui keesokan harinya di tepi jalan.
“Anak saya ditemui di tepi jalan sambil menjerit kesakitan kerana mukanya dicurahkan asid. Dia dimasukkan ke unit kebakaran di hospital.
“Disebabkan keadaannya itu, Aditya memerlukan pembedahan,’’ kata Soni yang masih belum melawat anaknya di hospital kerana tidak sampai hati melihat penderitaan yang ditanggung kanak-kanak itu.
Soni juga kini sedang mengandung lapan bulan. Mangal telah ditangkap dan dia juga dikehendaki oleh polis atas tuduhan lain.


Sumber : penhijaudaun
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close