Tertidur Selepas Asyik Bermain Telefon Yang Sedang Di Cas, Ibu TERKEJUT Selepas Terjaga Bayi Tak Bising | KAZAKHSTAN: Gara-gara dibiarkan bermain telefon yang sedang dicas oleh ibu bapanya berseorangan, seorang bayi perempuan dilaporkan maut terkena renjata elektrik, lapor DailyMail
Menurut laporan berkenaan, beberapa keping gambar mangsa dalam keadaan melecur teruk telah tersebar di laman sosial di mana katanya gambar itu telah dimuat naik oleh seorang jururawat sebagai amaran akan kepada ibu bapa tentang bahaya mengecas telefon bimbit berhampiran kanak-kanak.
“Jangan tinggalkan bayi anda berhampiran alat pengecas tanpa sebarang pengawasan,” kata mereka.
Menurut ibu kanak-kanak malang itu, ketika kejadian itu berlaku dia tertidur berdekatan dengan mangsa yang ketika itu sedang asyik bermain telefon yang sedang dicas.
Beliau yang tidur tiba-tiba tersedar apabila anaknya tidak bunyi bising seperti kebiasaannya, akhirnya apabila diperiksa, beliau ternampak anaknya itu dalam keadaan melecur tidak bernafas.
Panik dengan keadaan itu, wanita berkenaan terus membalut anaknya dalam selimut sebelum bergegas ke hospital.
Apabila tiba di hospital doktor mengesahkan anaknya itu telah meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik, berdasarkan kesan terbakar yang boleh dilihat dengan jelas di tangan dan lengan mangsa.
“Kanak-kanak perempuan itu bermain dengan kabel pengecas,” kata salah seorang ahli keluarga mangsa.
“Rupa-rupanya dia letak kabel pengecas dalam mulut dan mengunyahnya,” katanya lagi.
Berdasarka laporan mengatakan mangsa bermain dan mengunyah kabel pengecas tersebut sehingga terkoyak balutan getah kabel berkenaan menyebabkan mangsa terkena renjatan elektrik. – Siakapkeli.my
P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!
The post Tertidur Selepas Asyik Bermain Telefon Yang Sedang Di Cas, Ibu TERKEJUT Selepas Terjaga Bayi Tak Bising appeared first on BERITA HARIANI.
Sumber : berita hariani
Blogger Comment
Facebook Comment