Remaja 14 Tahun Lahirkan 'Baby WeChat'


KUALA KLAWANG - Seorang remaja berusia 14 tahun dilaporkan telah melahirkan bayi di kediaman mereka, Selasa lalu. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Jelebu, Asisten Superintendan Abdul Razak Yahya berkata, pelajar tingkatan dua itu melahirkan bayi perempuan seberat 3.1 kilogram secara normal. 

"Pada mulanya pelajar itu mengadu sakit pinggang dan meminta kakaknya mengurut badan bagi mengurangkan kesakitan. 

"Ketika mengurut, remaja itu tiba-tiba melahirkan seorang bayi membuatkan kakaknya terkejut," katanya.

Remaja berkenaan dengan bayinya itu kini dirawat di hospital. 

Difahamkan, keluarga pelajar berkenaan langsung tidak menyedari perubahan pada badan anak mereka. 

Siasatan awal polis mendapati, remaja terbabit telah mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya yang berusia 19 tahun pada bulan Mac lalu selepas berkenalan melalui aplikasi WeChat. 

Susulan kejadian itu, teman lelaki remaja perempuan berkenaan telah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - The Reporter



Sumber : GengViral
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close