Pemandu Lori Didakwa Kerana Cuba Bunuh Isteri Minta Cerai


BATU PAHAT - Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cuba membunuh isterinya, 28 November lalu. 

Izaki Mohamed Taib, 37, didakwa di Mahkamah Sesyen, Khamis, kerana cuba membunuh isterinya dengan menjerut leher mangsa di tempat letak kereta di sebuah pasar raya. 

Izaki bagaimanapun tidak mengaku bersalah sebaik tuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Amran Jantan. 

Mengikut kertas pertuduhan, Izaki didakwa menjerut leher Nursuhana Misni, 22, menggunakan tali nilon bagi membunuhnya dalam kereta di tempat parkir sebuah pasar raya di sini, antara jam 7.35 hingga 7.45 malam, selepas mangsa menyatakan hasratnya mahu meminta cerai.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan. 

Tiada sebarang jaminan yang ditawarkan terhadap tertuduh sebelum mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 21 Disember ini bagi membolehkan tertuduh melantik peguamnya. - The Reporter


Sumber : GengViral
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close