Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, pemandu kren berkenaan dipercayai mengalami sawan lalu melanggar kereta Proton Wira tersebut.
Mangsa yang berusia 35 tahun, sempat keluar dari keretanya tanpa sebarang kecederaan. Tetapi kenderaan rosak dan remuk teruk akibat pelanggaran itu.
Berdasarkan video yang dirakam oleh saksi, salah seorang lelaki memanjat ke tempat duduk pemandu kren dan cuba menghalang jentera itu terus mara ke depan dan melanggar kenderaan yang lain. Sementara itu, beberapa lagi individu yang lain cuba menghalang kenderaan orang awam lalu di jalan berkenaan.
Kren tersebut berada di tempat kejadian kerana terbabit dalam kerja menaik taraf jalan raya di kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - The Reporter
Sumber : GengViral
Blogger Comment
Facebook Comment