Tikam Mati Bapa Kandung !!

sds
Tikam Mati Bapa Kandung|Seorang mekanik mati dipercayai ditikam oleh anak bongsunya yang juga pesakit mental di Jalan Tengku Badar, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad, berkata mangsa Ong Tun Hang, 58, dikatakan ditikam anak lelakinya yang berusia 21, pada jam 1.30 pagi
Katanya, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran di antara mangsa dan suspek selepas mangsa melarang suspek keluar dari rumah.
“Pertengkaran berlaku pada jam 8.30 malam tadi, menyebabkan suspek mengamuk sebelum mengurung diri di dalam bilik.
“Bagi mengelakkan suspek keluar dari rumah, mangsa tidur di ruang tamu berdekatan pintu utama.
“Bagaimanapun, kira-kira jam 1 pagi, kakak suspek terdengar pertengkaran dan melihat suspek keluar dari rumah sebelum menemui bapanya terbaring dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.
Alzafny berkata, hasil siasatan mendapati mangsa ditikam beberapa kali di belakang bahu dan rusuk kiri menggunakan pisau.
“Suspek sudah ditahan dan kini ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
http://ift.tt/2eXCQsQ


Sumber : penhijaudaun
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close