KAUM lelaki khususnya suami yang berniat untuk curang dengan pasangan masing-masing dinasihatkan supaya melupakan niat tersebut kerana tanpa anda sedari, pasangan anda mungkin mempunyai ‘cara’ tersendiri untuk menghidu kecurangan anda.
Namun, itu mungkin hanya ‘perasaan curiga’ yang timbul dalam segelintir wanita yang terlalu paranoid terhadap pasangannya.
Itulah yang berlaku kepada seorang wanita apabila dia yang mengesyaki kecurangan suaminya dengan hanya melihat buah zakar pasangannya.
Pendedahan yang dibuat menerusi program bual bicara The Jeremy Kyle Show nyata membuatkan wajah pengacara program terbabit bertukar ‘merah padam’, selain mengundang ketawa dalam kalangan penonton yang hadir.
Jade, tetamu undangan dalam program terbabit mendedahkan bagaimana dia menghidu suaminya curang selepas 10 tahun hidup bersama.
“Apabila kami tidak mengadakan hubungan seks untuk tempoh yang lama, buah zakarnya akan menjadi keras.
“Kita akan tahu apabila kita mengenali satu sama lain,” kongsinya yang membuatkan Jeremy tersipu malu dan tidak terkata.
Jade turut menambah; “Ini sesuatu yang memalukan”, sambil kedengaran sorakan daripada para penonton.
Jade turut memberitahu Jeremy bahawa dia mula mengesyaki kecurangan selepas suaminya, Dave lebih sukakan ‘cabaran’ ketika di bilik tidur.
Tambahnya, Dave yang bekerja sebagai pemungut sampah disifatkan lebih berbau seks berbanding bau peluh.
“Anda akan tahu apabila anda telah melakukan hubungan seks (dengan suami), anda dapat hidunya (kecurangan),” kata Jade.
Sejurus kemudian, Dave pula dijemput naik ke pentas. Namun, dia kelihatan terkejut dan kecewa apabila isu buah zakarnya sedang dibincangkan oleh isterinya.
Dave membuktikan bahawa dia tidak pernah curang dengan isterinya, sebaliknya berusaha untuk menambahkan lagi kehangatan dalam hubungan intim.
Malah, program tersebut memberi detik bahagia kepada pasangan tersebut apabila Dave yang menjalani ujian mengesan penipuan membuktikan bahawa dia tidak curang.
Rancangan bual bicara The Jeremy Kyle Show adalah program berdasarkan kepada konfrontasi dimana tetamu jemputan yang hadir cuba menyelesaikan masalah dalam kehidupan mereka termasuklah isu membabitkan hubungan kekeluargaan, seks, hubungan romantik, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
Sumber : kaki share
Blogger Comment
Facebook Comment