Seorang Lelaki Ditahan Kerana Mendera Budak Dengan Memberi Makanan Berlauk 'Lipas Goreng' & Memukul Guna Pembaris Kayu



GEORGETOWN - Seorang jurutera kilang berusia 36 tahun ditahan polis selepas dia dipercayai mendera anak teman wanitanya di Bukit Gambar di sini hari ini.

Menurut Sinar Online, mereka difahamkan suspek ditahan kira-kira jam 1 pagi tadi untuk membantu siasatan.

Sumber berkata, lelaki itu didakwa mendera kanak-kanak lapan tahun itu dengan memberi makan nasi berlauk kicap dan lipas yang digoreng serta memukulnya mangsa dengan menggunakan pembaris kayu.

Sumber berkata, mangsa berusia lapan tahun itu mengalami lebam di kedua-dua belah tangan, dada dan belakang badan akibat dipukul suspek.

Sumber juga berkata, mangsa dipukul menggunakan pembaris kayu itu kira-kira 100 pukulan sehingga menyebabkan kecederaan teruk.

Kejadian difahamkan hanya disedari pada Isnin lalu selepas mangsa dibawa ibunya menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Sumber berkata, doktor yang merawat kanak-kanak itu membuat laporan polis berhubung kejadian selepas memeriksa kanak-kanak terbabit.

"Selain penahanan suspek, polis turut merampas pembaris kayu sepanjang satu meter yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.

"Mangsa dipukul sejak 1 November hingga 5 November lalu kerana didakwa terlalu nakal dan suka bercakap bohong," katanya.

Dikatakan ibu mangsa hanya melihat kejadian itu dan menganggap suspek hanya mahu memberi pengajaran kepada anak kandungnya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan laporan tangkapan terbabit.

Menurutnya, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen  31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Sinar Online

Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close