SAYU : SAYANG KENAPA TINGGALKAN IBU ..REMAJA 15 TAHUN HEMBUS NAFAS TERAKHIR DEPAN IBU ADIK DAN ABANG ..MAUT REMPUH LORI (6GAMBAR)

KUALA LANGAT : Hancur luluh hati seorang ibu melihat anak lelakinya mengelupur di saat akhir hayatnya impak kemalangan, Hairun Hafzan maut akibat cedera parah dikepala terhantuk pada lori
Akhbar melaporkan seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggani melanggar belakang sebuah lori dalam satu kejadian di Batu 8, Jalan Klang-Banting di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa, Muhammad Hairun Hafzan Hanafiah, 15, maut ditempat kejadian selepas dia mengalami kecederaan parah di kepala akibat terhantuk pada belakang lori terbabit.




Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Zailan Tasir berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum melanggar belakang sebuah lori.
Menurutnya, semasa kejadian mangsa yang menunggang secara sendirian dalam perjalanan ke pekan Telok Panglima Garang menghala balik ke rumah di Jalan Duku, Telok Panglima Garang.
“Mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan kemudiannya kepala mangsa telah terhantuk pada bahagian belakang lori yang ketika itu sedang berhenti kerana jalan sesak.
“Akibat rempuhan itu, kepala mangsa mengalami kecederaan parah dan dia disahkan meninggal dunia ditempat kejadian. Mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Banting untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Zailan berkata, ketika kejadian permukaan jalan basah kerana hujan dan jalan sedikit sesak.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber : penbiruofficial
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close