Sampai Hati Campak Bayi Ini Kat Longkang

sakl
Sampai Hati Campak Kat Longkang|Kulai: Bayi perempuan yang masih bertali pusat seberat 2.9 kilogram ditemui masih hidup dan dalam keadaan selamat di dalam longkang di belakang rumah di Taman Jaya Sepakat , Senai, pada 4.30 petang semalam
Ketua Polis Daerah Kulai Superitenden Razak Md Said berkata, pihaknya menerima panggilan dari penduduk di kawasan berkenaan memaklumkan penemuan bayi berkenaan yang dalam keadaan tanpa pakaian.
Katanya, berdasarkan keadaan bayi, dipercayai ia baru dilahirkan dan masih berdarah serta bertali pusat.
“Tubuhnya lemah dan agak kebiruan.
Bayi berkenaan kemudian dirujuk ke Hospital Kulai dan pegawai perubatan yang bertugas mengesahkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Dipercayai ia dilahirkan kira-kira sejam sebelum ditemui,” katanya.
Razak berkata, sehingga kini tiada mana-mana pihak tampil menuntut bayi itu.
“Usaha mengesan ibu kandung dan warisnya sedang dijalankan. Bayi berkenaan akan diserah kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Kes diklasifikasikan sebagai membuang bayi dan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi polis,” katanya.
14713626_183865555401202_6810775278618124482_n

http://ift.tt/2eOumoi


Sumber : penhijaudaun
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close