RM30.2 Juta Telah Dibelanjakan Untuk 2 Ekor Panda Gergasi Sejak 2014


KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat diberitahu, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM30.2 juta dengan RM60,000 sebulan bagi menjaga dua ekor panda gergasi yang dihadiahkan oleh Kerajaan China pada 2014, lapor Free Malaysia Today

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuangku Jaafar berkata, jumlah itu diperuntukkan di bawah Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang dipersetujui bersama Beijing. 

Dalam jawapan bertulis Wan Junaidi berkata, Kerajaan memperuntukkan RM25.4 juta manakala selebihnya dibelanjakan Zoo Negara, yang menjadi tuan rumah kepada dua panda Fu Wa (Xing Xing) dan Feng Yi (Liang Liang). 

Dua panda gergasi berkenaan telah dipinjamkan kepada Malaysia pada 2014 bagi tempoh 10 tahun sebagai simbol hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China. 

Bagaimanapun, perjanjian itu mensyaratkan bahawa panda dan anak panda yang dilahirkan pada Ogos lalu, tetap milik China walaupun dilahirkan di Malaysia. Malah, untuk menamakan anak panda sekali pun memerlukan kebenaran dari Kerajaan China. - The Reporter


Sumber : GengViral
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close