Mak Ayah Terlepas Flight Air Asia. Tindakan Staf Ni Buat Rombongan TERPANA !!! | Okey… Di mulakan dengan bismillah… Senyum-senyum je sebab cerita ni memang jadi kat ibu ayah aku sendiri… Nak marah pon tak jadi… Jadi memang tak marah pon… Kami adik beradik gelak je bila terkenangkan peristiwa percutian rombongan ke Medan, Indonesia…
Awal bulan 3 hari tu, ibu ayah aku ni ikutla rombongan anjuran kampung tempat kami tinggal ni… Buat pertama kali, ini la ibu & ayah ikut… Selama ni, kalau bercuti ke luar Negara, ibu ayah aku akan pergi dengan salah sorang adik beradik aku, atau dengan kawan atau sedara je… Rombongan kampung aku ni memang tak pernah turut serta… Pada orang kampung pulak dah selalu pon… Dah bermacam Negara jemaah rombongan kampung aku ni pergi….
Kali ni, destinasi pilihan jemaah kampung adalah Medan, Indonesia…. Jadi jadual dah di rancang siap siap… Cuma flight tiket adik aku belikan asing dari jemaah lain, sebab ibu ayah aku join dah last minute… Tapi masih dapat flight yang sama… Maaf la, aku lupa nak minta no flight tu… Kalau dapat no flight lg bagus sebenarnye… Sebab apa, nanti korang akan tau ceritanya…
Jadual perjalanan dah di tetapkan untuk berkumpul di perkarangan masjid kampung kami… Seawal 3 pagi ibu ayah dah tercegat kat masjid di temani adik aku… Jadi seramai lebih kurang 27 orang jemaah yang akan bercuti ke Medan… Cukup semua jemaah… Mereka bergerak ke KLIA 2 menaiki bas yang di sewa khas untuk perjalanan pergi dan balik jemaah rombongan… Jadi, keluarga jemaah hanya menghantar dan mengambil ahli keluarga mereka di masjid kampung sahaja…
Mereka sampai di KLIA 2 lebih kurang pukul 4 menghampiri 5 kalau tak silap aku… Jadi, ketua rombongan pon menguruskan urusan check in kesemua bagasi serta tiket jemaah… Selesai check in, beliau mengagih-agihkan sarapan kepada jemaah untuk berserapan sebelum flight pagi tu… Masa tu dah pukul 6 pagi, maka ramai-ramailah jemaah rombongan kampung ni pergi solat, dan selepas solat mereka mencari tempat untuk bersarapan…
Lepas solat tu, ibu dengan ayah dah ajak dua lagi rakan mereka terus ke bahagian pelepasan, sebab ayah tengok pada tiket, masa pelepasan adalah 7.15pagi… Ada lebih kurang 30-40 minit lagi sebelum masa pelepasan… Jadi, sempatlah kalau nak berjalan pergi dekat gate untuk masuk kapal nanti… Tapi, masing-masing yang ada dekat situ masih leka-leka lagi… Ibu dan ayah dah tak senang duduk… Kali ni pulak, rombongan yang pergi memang ramai atuk-atuk & nenek-nenek… Bukan yang belia remaja dan masih gagah perkasa tu.. Bukan… Yang pergi ada yang bertongkat… Ada yang mula uzur, ada yang sakit kaki, ada juga yang semput! Termasukkan ibu aku yang ada semput tu! Hihi…
Ayah pergi dapatkan ketua rombongan… Cakap kat dia, masa berlepas dah nak sampai… Tapi, dia pulak jawap belum lagi… Lambat lagi… 8.30 pagi baru berlepas… Ayah tak sedap hati! Tapi ketua rombongan dah kata macamtu, ayah turutkan sahajalah… Bila ibu tanya ayah macam mana, ayah cuma kata, agaknya flight deley kot… Tapi, ibu ayah tetap tak sedap hati… Masa tu pulak dah dekat pukul 7… Tapi, tak ada tanda-tanda jemaah lain nak cepat-cepat selesaikan makan sarapan… Malah mereka semakin rancak berborak! Masatu ibu ajak ayah pergi masuk ke dalam balai pelepasan… Maka ibu dan ayah la bagun dulu untuk masuk, ada dua orang kawan yang sama-sama duduk dengan ibu ayah pon ikut jugak…
Lepas 2-3 minit macamtu, ayah dapat call dari sepupu ayah yang sama-sama ikut rombongan…
” Kau dekat mana?” Tanya Paman Wahid.
” Aku tengah jalan nak cek passport ni… Kau dekat mana?” soal ayah…
” Aku dah dalam kapal… Kapal dah nak terbang, mana yang lain?” jawapan Paman Wahid buat ayah semakin risau…
Betullah kapal akan bertolak pukul 7.15 pagi… Jadi, rombongan kampung macam mana? Dia orang masih sibuk makan!
” Haaaa!!!! Dalam kapal? Dah nak terbang ke???? Ketua rombongan kata belum lagi tadi…” Jawap ayah dengan nada yang amat risau… Ibu dan 2orang kawan ayah pun panik jugak la dengar ayah kata kapal dah nak terbang…
” Yelah… Aku dah lama tunggu dalam kapal… Dah umum nama 24orang yang tak masuk kapal lagi dari tadi… Kapal dah nak jalan…!”
Masatu ayah memang dah tak tau nak buat macam mana… Dalam fikiran ayah, kapal dah masuk landasan… Ayah ibu dan 22 orang ahli rombongan masih tak masuk kapal… Macam mana!!!!
” Dia orang masih sarapan! Belum siap lagi…” Jawapan ayah membuatkan masing-masing yang ada dekat situ diam membatu… Dinding kaca yang menampakkan kapal-kapal teratur susunannya mungkin bukan kapal yang di naiki Paman Wahid… Hampa! Talian talifon terputus disitu.. ( aku agakla.. Sebab aku ingat ayah cerita sampai situ je)
Ibu ayah dan 2 org kawan ayah dah berdiri pandang pintu kaca yang menampakkan deretan kapal… Hampa!! Ya… Sangat hampa… Musnahlah harapan untuk bercuti ke Medan! Ayah berulang di hadapan ruang gate kapal yang sudah di tutup! Laluan masuk pun dah tutup! Mesti kapal tadi dah berada di ruang angkasa… Itulah telahan ayah…
Ayah mencari keratan tiket dan meneliti betul-betul masa berlepas… Nyata salah memang berada di pihak ayah dan 23 orang jemaah rombongan… Bukan flight deley… Bukan masalah teknikal… Tapi sebab salah tengok masa… Ayah dah menung je dekat situ sambil pandang deretan kapal- kapal yang akan berlepas… Pasrah!
Dari jauh ayah nampak jemaah rombongan bersenang lenang, bergelak ketawa dengan ceria menuju ke arah ayah… Lemah gemalai ayah memberikan isyarat pangkah kepada jemaah yang baru sampai… Masing-masing pandang kelakuan ayah penuh dengan persoalan… Bila mereka sampai dekat ayah, ayah pun kata gate dah tutup…
Muka semua yg ceria dengan gelak tawa tadi jadi pucat! Risau! Mimpi ngeri melanda 24 orang atuk dan nenek serta beberapa orang jemaah muda yang mengikuti rombongan itu… Masing- masing hampa! Tak tahu nak rujuk dekat mana… Tak tahu nak tanya atau buat apa… Ketua rombongan lagi lah macam cacing kepanasan… Silap dia melihat masa berlepas…
” Wahid dengan 2 orang lagi dah sampai Medan agaknya…” Ucap ayah… Masing- masing pandang ayah pelik… ” Wahid dah naik dulu… Dia tunggu Kita tak sampai-sampai… Tadi dia call aku, dia dalam kapal…”
” Dia orang nak balik macam mana? Tiket balik ada dekat aku!” Tiba-tiba ketua rombongan bersuara…
Sudah!!! Masalah lain pula timbul… Masing-masing resah… Sekejap kehulu, sekejap ke hilir! Tapi penyelesaian tak kunjung tiba!
” Bapak-bapak sama ibu-ibu tunggu apa di sini?” Pertanyaan seorang pemuda yang serasanya dari Indonesia menyentakkan ayah…
” Kami mahu naik kapal ke medan… Tapi, gate sudah tutup, kapal sudah berlepas…” jawap ayah dengan nada kesal…
” Flight ke Medan? Sebentar ya bapak, saya lihatin kalau masih ada lagi kapalnya di landasan… ” Ujarnya sambil meninjau- ninjau tingkap besar itu… Mungkin dia pekerja di sini kut… Itulah yang ayah fikir…
” Pak! Pak! Pak! Kapalnya masih ada lagi di landasan Pak!” Ujar pemuda itu sambil melambai-lambai kapal terbang yang berada di landasan…
Serentak itu, kesemua jemaah yang hampa tadi bingkas bangun dan turut sama melambai kapal terbang yang berada di landasan tadi…. Semangat! Dengan harapan, kapten kapal itu perasan dengan lambaian mereka!
Beberapa minit berlalu, beberapa orang petugas Air Asia pun muncul di pintu pagar dan menyiruh kesemua ahli rombongan cepat pergi ke pintu kapal… Alhamdulillah! Kapal ke Medan masih ada… Walaupun staf-staf Air Asia marah-marah sebab flight terpaksa di tangguhkan, tapi jemaah tetap tersenyum gembira… Pukul 8pagi barulah flight ke Medan berlepas…
Selepas kejadian itu, ibu dan ayah tak pergi dah rombongan kampung… Tapi semalam, ibu & ayah Cuba sekali lagi ikut rombongan ke Perth Australia… Kali ni aku dan adik-adik hantar sampai masuk balai berlepas… Kami pastikan tak akan jadi lagi untuk kali yang ke dua… Kalau jadi aku tak tau la nak cakap macam mana… Harap-harap tak akan jadi lagi… Hihihi…
Dekat sini aku mewakili waris-waris yang naik flight Air Asia pergi ke Medan hari tu nak minta maaf serta ucapan terima kasih yang tak terhingga buat semua staf Air Asia yang terlibat serta pemuda yang bantu melambai kapal pada hari tu… Jasa kalianlah yang memungkinkan perjalanan pada hari itu…
Maka dapatlah atuk-atuk dan nenek-nenek melancong ke Medan… Bye bye Medan… Hai Perth!!
Sampai sini dulu aku cerita… Cerita ni aku olah sebaik mungkin bagi memudahkan bacaan… Kalau ada salah silap harap maafkan… Sekian…
Assalamualaikum
Ellynash team!
Korang tau sapa aku… KREDIT IIUM.
P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!
The post Mak Ayah Terlepas Flight Air Asia. Tindakan Staf Ni Buat Rombongan TERPANA !!! appeared first on SAYALUVISLAM.
Sumber : sayaluvislam
Blogger Comment
Facebook Comment