Ketahui Waktu Subur Wanita Untuk Hamil. Apa pentingnya untuk tahu waktu subur wanita? Jika anda pasangan yang telah berkahwin dan mengimpikan untuk memiliki zuriat maka waktu subur wanita adalah sesuatu yang wajib anda ambil tahu. Selain itu mengetahui waktu subur juga penting untuk anda yang ingin merancang keluarga.
Dalam artikel ini kami kongsikan secara asas cara mengetahui waktu subur wanita. Kiraan waktu subur berdasarkan pada masa subur atau saat ovulasi terjadi pada hari-14 dari haid yang akan datang dan dikurangi dua hari kerana sperma hanya dapat hidup selama 48 jam setelah ejakulasi serta ditambah dua hari kerana sel telur dapat hidup 24 jam setelah ovulasi.
Ketahui Waktu Subur Wanita Untuk Hamil
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid atau menstruasi. Ketika ini darah haid akan keluar. Penting untuk mencatat hari pertama haid pada kalendar untuk memudahkan pengiraan tarikh subur seseorang wanita. Seeloknya tarikh datangnya haid setiap bulan dicatat pada kalendar dan juga tarikh akhir haid. Ini akan memudahkan perancangan untuk mengandung.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Ketika fasa ini, hormon estrogen akan meningkat dan darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Ketika inilah berlakunya proses peneluran atau disebut ovulasi akan berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan hormon ‘Luteinizing’ (LH) secara mendadak. Telur yang tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya disenyawakan, ia akan turun ke rahim melalui saluran falopio.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selesai sahaja telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormon dipanggil progestrone akan terhasil dari sarangnya. Ketika proses ini, dinding rahim akan menebal. Dan jika persenyawaan tidak berlaku maka dinding ini akan runtuh. Dan selepas itu berulanglah proses kitaran semula pada hari pertama.
Jadi waktu subur adalah hari yang terbaik untuk bersama pasangan jika anda merancang untuk mendapatkan zuriat iaitu pada hari yang ke 14. Namun ia tetap bergantung pada kitaran haid individu.
Semoga artikel Ketahui Waktu Subur Wanita Untuk Hamil dapat memberikan sedikit gambaran tentang kiraan waktu subur wanita.
http://eberita.org/ketahui-waktu-subur-wanita-untuk-hamil/
Sumber : penhijaudaun
Blogger Comment
Facebook Comment