Kemenangan Saya Di MLM2016 Tidak Bermakna- Mamak Puteh
Kumpulan Puteh yang dianggotai oleh Mamak dan Ali telah menempa kejayaan apabila menduduki tempat ketiga di Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016).
Namun, bagi Mamak, kemenangan tersebut tidak bermakna buatnya kerana kehilangan ibu tercinta sehari selepas program tersebut berakhir.
Ini komen Mamak:
Pesanan Terakhir Ibu
“Sudah lima bulan ibu pergi meninggalkan saya. Kalau dikenang kembali detik itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya.
“Imbas kembali kemenangan saya pada MLM 2016 yang lalu, ibu sihat sebelum saya datang ke Johor Baharu dan ada menyatakan keiginannya untuk ikut bersama ke sana. Tetapi, kakak saya tidak membenarkannya kerana bimbang ibu tidak larat menunggu lama.
“Saya masih ingat pesan terakhir ibu, supaya buat yang terbaik kerana dia sentiasa mendoakan saya berjaya,”
Ibu Tenat Setelah Final MLM2016
Tambahnya lagi, dia mendapat panggilan telefon daripada kakaknya yang memaklumkan ibu sedang tenat selepas berakhirnya program MLM 2016.
“Saya terus pulang ke Pulau Pinang selepas dimaklumkan tentang keadaan ibu. Sepanjang perjalanan saya tidak putus-putus doakan ibu.
“Tetapi Allah SWT lebih sayangkan ibu. Buat pertama kali, air mata lelaki saya gugur. Allahu, pedihnya rasa kehilangan ibu, tiada lagi doa seorang ibu kepada saya,”
Hargailah Ibu Bapa
“Saya kehilangan bapa ketika berusia dua tahun. Jadi ibu tempat saya bermanja, dia jugalah bapa kepada kami.
“Hargailah kedua orang tua kita selagi ada kerana apabila terputusnya doa dari mereka, anda akan merasai betapa kosongnya hidup,”
Semoga Mamak tabah hadapi dugaan itu.
Sumber : berita memey
Blogger Comment
Facebook Comment