Jadi JUTAWAN Selepas 10 Tahun Jatuh MUFLIS. Apa Yang Lelaki Ini Buat Memang MENGAGUMKAN !!! | David Cheang pernah jatuh muflis hampir 10 tahun kerana menjadi penjamin kepada ibu bapanya yang telah meminjam beberapa juta dolar untuk perniagaan peralatan elektrik dan gagal membayarnya. Kini, dia berjaya bangkit semula daripada kegagalan. Bagaimana caranya?
11 Cara Bebas Daripada Status Muflis Gaya David Cheang
- Rancangan Realistik
Semasa menyertai Perkhidmatan Negara (National Service), dia memutuskan untuk memasuki bidang hartanah sebagai agen hartanah di Dennis Wee Group. Dia memilih industri hartanah kerana peluang mendapat komisyen yang banyak dalam masa yang singkat. Ia sesuai dengan keadaan keluarganya yang memerlukan wang.
- Bekerja Lebih Masa
Tiga tahun pertama dalam kerjayanya, dia bekerja lebih 18 jam sehari dengan menghubungi prospek dan mengedarkan kad bisnes kepada orang ramai di lif.
- Teori Tebu
Dia pernah nampak seorang makcik sedang memasukkan batang tebu ke dalam mesin. Apabila tebu itu diperah, banyak jus keluar. Dia mula memahami, sekiranya kita bekerja kuat dan bersungguh-sungguh, kita akan berjaya.
“I was driven by the sugar cane theory: the more sugar cane you put into the machine, the more juice you will get. The more hard work you put in, the better the results.”
- Tidak Malu
Dia berbasikal ke tempat kerja kerana tidak mampu memiliki kereta. Selain itu, dia turut menggunakan van buruk untuk perjalanan yang lebih jauh. Dia turut mengedarkan kad bisnes kepada ramai orang termasuk meminta bantuan pengawal memberikan kadnya sekiranya ada orang mahu membeli atau mencari hartanah.
- Berkuli
David meningkat naik melalui pangkat di syarikat tempat dia bekerja. Dalam masa 8 tahun, dia berjaya menjadi top senior vice-president. Dia turut berpindah ke beberapa syarikat dan memegang jawatan penting. Di antaranya dia pernah menguruskan 800 orang agen. Pengalamannya menjadikannya seorang ketua syarikat yang berkaliber.
- Tetapkan Matlamat
Pada tahun 2000, dia bermula sebagai agen hartanah. Waktu itu dia tahu dia mahu memiliki empayar bisnesnya sendiri. Pada tahun 2013, setelah bebas daripada status muflis, David membangunkan syarikatnya sendiri, DC13 iaitu sebuah syarikat pembinaan hartanah. Projek terbarunya ialah Seaview Villa, rumah tiga tingkat semi detached di Pasir Ris.
- Kepentingan Pelajaran
Meskipun dia muflis, keluarga jatuh miskin, ayah sakit dan pelbagai masalah melanda, dia tetap meneruskan pelajarannya sehingga dia berjaya memperolehi Diploma Kejuruteraan Kualiti dari Temasek Polytechnic pada tahun 1998 dan Ijazah Ekonomi dan Pengurusan dari Singapore Institute of Management and the University of London.
- Tidak Putus Asa
Setiap kali dia mendapat wang, wang itu akan digunakan untuk membayar hutang-hutang. Maka, wang hanya singgah sekejap di poketnya tetapi keadaan itu tidak membuatkan dia berasa putus asa atau sia-sia. Dia teruskan sehingga berjaya langsaikan segala hutang keluarganya.
“I would be earning money, but I never saw the money! It seemed as though the bills and debts to pay were never-ending.”
- I’m Possible
Klien pertama David ialah seorang perempuan yang mahu menjual apartment yang tiada lif dan kondisi yang teruk. Dia tetap cuba menjualnya meskipun orang kata agak mustahil untuk menjual rumah sebegitu. Selepas 3 bulan, dia berjaya menjual rumah tersebut.
- Dahagakan Penghargaan
David suka akan pengiktirafan atau penghargaan. Semasa zaman sekolahnya, dia seorang pelajar bermasalah menjadi seorang yang bersemangat untuk belajar selepas dilantik sebagai pengawas sekolah.
Suntikan semangat yang sama diaplikasikan oleh David untuk kerjayanya. Dari 2000 hingga 2003, dia menerima pelbagai anugerah seperti Top Rookie, Top Manager, Top Career Manager (Recruitment), Top Commission Earner, Top Commercial Agent dan Top Producer of the Year.
- Berjimat
Dia hanya makan roti kerana mahu berjimat. Malah berbasikal untuk mengelakkan dirinya di caj ERP dan caj tempat letak kereta. Kredit:-NakBebel
P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!
The post Jadi JUTAWAN Selepas 10 Tahun Jatuh MUFLIS. Apa Yang Lelaki Ini Buat Memang MENGAGUMKAN !!! appeared first on BERITA HARIANI.
Sumber : berita hariani
Blogger Comment
Facebook Comment