Ibu ‘Usir’ Anak Hanya Kerana Undi Donald Trump



TEXAS – Kesan kemenangan Donald Trump menghancurkan harapan jutaan penduduk Amerika Syarikat, termasuk kanak-kanak yang tidak tahu apa sebenarnya berlaku di negara mereka.

Satu video viral di Internet semalam, menunjukkan betapa buruknya kesan keputusan pilihan raya itu, apabila seorang ibu di Texas mengusir anaknya selepas kanak-kanak itu mengundi Trump dalam satu pilihan raya olok-olok yang diadakan di sekolahnya.

Kanak-kanak itu dilihat menjerit ketakutan apabila ibunya mengusirnya keluar dengan beg kecil berisi barangannya.

“Kerana kamu mengundi Donald Trump, kamu boleh keluar dari rumah ini,” kata wanita itu di depan pintu rumah mereka.

Apabila kanak-kanak itu mula menangis dan merayu, ibunya mengarahkan dia membawa kadbod dengan tulisan berbunyi ‘Saya diusir kerana mengundi Trump’.

“Orang akan tahu kenapa kamu berada di luar,” kata wanita itu.

Kanak-kanak itu sambil menangis dan ketakutan mengangkat kadbod itu sambil ibunya berkata lagi: “Kamu suka sangat dengan Trump, saya tunjukkan kesannya. Bawa beg kamu dan keluar. Kami tidak menyokong Trump dalam rumah ini,” sambil dia membuka pintu.

Kanak-kanak itu keluar sambil meraung dan menarik begnya.

“Selamat tinggal penyokong Donald Trump,” kata ibunya sambil menutup pintu.

Di luar, budak itu menjerit: “Saya ada sekolah esok.”

Ibunya menjawab: “Padan muka kamu. Mengapa kamu mengundi Trump.”

Kanak-kanak itu menjawab: “Saya asyik tengok muka dia di televisyen.”

Video itu kemudian menunjukkan adik budak itu menangis sambil meraung meminta ibunya membenarkan abangnya masuk semula ke rumah.

Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close