'Hati Ibu Mana Yang Tak Terasa...' - Luahan Ibu Dibenci Menantu Sehingga Menghasut Anaknya Pindah Keluar
Biasa baca luahan menantu terhadap ibu mertuanya. Namun kali ini, ibu mertua pula bersuara betapa kecil hatinya dia diperlakukan seperti orang gaji. Malah anaknya sendiri juga dihasut oleh menantu agar membenci dirinya.
Dalam soal ini, si suami sepatutnya memainkan peranan yang penting iaitu mendidik isterinya agar melayani ibu mertua dengan baik. Bukan minta disembah, namun cukup sekadar membantu itu mertua dalam pelbagai hal, lebih-lebih lagi jika tinggal di rumah mertua.
Saya mempunyai seorang anak lelaki yang ditatang bagai minyak yang penuh. Apabila dia sudah berkahwin dan mempunyai anak, semuanya berubah. Masa si anak susah, sayalah yang menolong. Namun tidak pernah mengharapkan hartanya.
Dari segi belanja dapur, sewa rumah, pakai dan makan semuanya saya yang tanggung. Sekali pun saya tidak mengharapkan balasannya. Namun, si menantu pula tidak pernah nampak semua itu.
Sayalah yang memasak, basuh baju dan semuanya serba serbi saya yang lakukan. Tidak cukup dengan itu, si menantu bila dah makan pun tak dibasuhnya pinggan. Hanya diletaknya dalam sinki. Begitu juga dengan pinggan suaminya pun, langsung tidak dibasuh. Apabila saya bersuara, anak dan menantu terus keluar dan makan di luar.
Bila perbalahan mula terjadi, anak dan menantu tarik muka. Saya nak bermain dengan cucu pun sanggup dilarang. Si menantu sanggup duduk berkurung dalam bilik, semata-mata tak nak bagi saya bermain dengan anaknya.
Pernah satu hari itu, saya demam. Jadi, saya tak mask untuk makan tengah hari. Lalu anak saya dan isterinya keluar, makan di luar. Bila mereka pulang ke rumah, tiada satu pun makanan yang dibungkus untuk saya. Hati ibu mana yang tak sedih?
Anak lelaki yang dijaga dan dibesarkan sehingga berjaya lebih mendengar cakap isteri berbanding ibunya sendiri.
Pernah juga saya ajak anak dan isterinya beli barang dapur, tetapi mereka tak bayar. Mereka ambil apa yang mereka mahu dan letak dalam troli. Akhirnya, saya yang terpaksa membayar kesemuanya. Mereka seperti mempergunakan saya, tetapi saya tak kisah.
Bila saya buat kenduri arwah suami, si menantu cepat-cepat ajak suaminya balik ke kampungnya. Semua persiapan dari segi mengemas rumah dan memasak, saya yang selesaikan sendiri dan dibantu oleh dua anak perempuan yang lain.
Kini, anak lelaki saya itu sudah bergaji tetap. Mereka pindah keluar dari rumah tanpa memaklumkan kepada saya. Hati ibu mana yang tidak terasa?
Bila saya bersuara, anak mula mengamuk dan isterinya pula menjadi batu api. Jujur saya makan hati, menangis dan hati saya benar-benar terluka.
Buat si anak lelaki, percayalah bahawa syurgamu dibawah tapak kaki ibu.
Sumber : kaki share
loading...
loading...
Blogger Comment
Facebook Comment