Gadis Sanggup Jual Diri Demi Kos Rawatan Ibu Tercinta



DEMI kasih dan sayang kepada seorang insan bergelar ibu, seorang gadis China berusia 19 tahun sanggup berkorban dengan menjadikan dirinya sebagai cagaran kepada kos perubatan ibunya.

Cao Mengyuan telah ‘melelong’ badannya menerusi aplikasi dalam talian untuk mencari individu yang sanggup membelinya demi membayar kos rawatan itu.

Menurut portal Stomp, Mengyuan merupakan anak sulung daripada lima beradik itu memerlukan sebanyak 350 000 yuan (kira-kira RM21,000) untuk merawat ibunya yang menghidapi penyakit kanser kulit.

Tambah laman berita itu, ibu Mengyuan iaitu Wu Zhaofang dirawat di Hospital Rakyat Gaozhou sudah hampir seminggu. Malah kesihatannya juga semakin merosot.

Gadis Jual Diri Demi Kos Rawatan Ibu Tercinta

Gadis Jual Diri Demi Kos Rawatan Ibu Tercinta

Dalam mesej yang dimuat naik itu, Mengyuan berkata, “Saya akan bekerja dengan orang yang membeli saya dan buat apa saja yang diarahkan.

“Saya tidak akan tarik balik apa yang telah saya katakan. Segala yang saya katakan adalah benar. Saya akan jual diri saya kepada pembida yang terbesar.”

Difahamkan ‘seorang majikan baik hati’ bersetuju untuk menanggung kos rawatan ibunya selepas ternampak iklan yang dibuat naik Mengyuan.

Bagaimanapun laman Stomp tidak mendedahkan identiti individu yang menjadi ‘pemilik’ baharu Mengyuan.


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close