GEORGETOWN - Tersebar di media sosial, surat sokongan pertukaran nama dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang yang mendakwa nama 'Damia' membawa maksud yang kurang baik.
Menurut individu yang memuat naik surat berkenaan di Facebook berkata, dia memperolehi surat itu dari aplikasi WhatsApp.
Berdasarkan surat bertarikh 7 November itu, nama 'Damia' membawa maksud yang kurang baik iaitu, 'tempat keluarnya darah'.
Difahamkan, surat itu dikeluarkan bagi menyokong permohonan individu bernama Mohd Nizam yang mahu menukar nama anaknya dari Nur Damia Safiyya kepada Putri Nur Safiyya yang bermaksud ' Cahaya yang suci'.
Dalam pada itu, surat tersebut menegaskan bahawa permohonan pertukaran nama baru yang dipohon itu adalah perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan fitnah.
Sementara itu di laman sesawang JAKIM (http://ift.tt/2eZvna4) pula menyatakan bahawa Damia bermaksud kebijakan.
Ekoran itu, netizen tertanya-tanya apakah mereka perlu menukar nama anak mereka yang telah menggunakan nama Damia sejak sekian lama. - The Reporter
Sumber : GengViral
Blogger Comment
Facebook Comment