Beruang Jadi Tok Kadi Pada Pasangan Ini
PERKAHWINAN satu pasangan dari Moscow, Rusia menarik perhatian ramai apabila menjemput seekor beruang jenis Grizzly sebagai tetamu istimewa bagi menyaksikan detik bersejarah dalam hidup mereka.
Menurut portal Daily Mail, pasangan pengantin, Denis dan Neyla yang kedua-duanya berusia 30 tahun mengupah beruang berkenaan yang dikenali sebagai Stephan sebagai pembawa cincin perkahwinan mereka.
Menerusi foto yang tersebar di internet, Stephan yang mempunyai berat 133 kilogram itu dilihat memakai bow tie berwarna hitam. Ia kelihatan sepadan dan matching dengan warna bulunya yang berwarna coklat.
Selain menjadi tetamu penting dalam majlis penuh bermakna itu, Stephan yang memiliki ketinggian sebanyak tujuh kaki menjadi fokus di dalam upacara berkenaan kerana kelibatnya sering tampil di dalam setiap foto bersama pengantin.
Kata Denis, Stephan merupakan beruang yang jinak namun pasangan itu tetap mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini menimpa mereka.
“Ia merupakan pengalaman yang hebat apabila bergambar bersama Stephan.
“Kami akan mengingati kenangan manis ini selama-lamanya,” katanya.
Stephan merupakan beruang peliharaan pasangan kekasih Rusia, Svetlana dan Yuriy Panteleenko sejak berusia tiga tahun selepas ditemui pemburu di dalam hutan.
Sejak Mei lalu, populariti Stephan semakin bercambah sejak tersenarai sebagai beruang pertama yang tergolong dalam kategori haiwan jinak yang disiarkan di majalah dan laman sosial tempatan.
Foto-foto Stephan bersama pasangan pengantin itu adalah hasil bidikan jurugambar terkenal Rusia, Olga Barantseva.
Sumber : kaki share
loading...
loading...
Blogger Comment
Facebook Comment