Aku Terima lamaran Lelaki Yang Tak KACAK Langsung, Bila Dah Nak Kahwin Lelaki Ini….

Aku Terima lamaran Lelaki Yang Tak KACAK Langsung, Bila Dah Nak Kahwin Lelaki Ini…. | Assalamualaikum. haa harini aku nak buat confession pasal apa pernah jadi kat diri aku. Aku 22, seorang perempuan dan baru lepas grad. Dulu, masa aku sekolah menengah, aku ni boleh dikatakan ada rupa laa jugak. tak laa cantik sangat, tak jugak buruk sangat.

gad

Masa aku f4 tak silap aku, aku kenal dgn first love aku. Dia mmg berupa sbb ramai perempuan termasuk cikgu sekolah aku suka kat dia. Lepas dekat setahun couple, kitaorang putus sbb apa ? Sebab dia jumpa orang yg jauh lebih cantik dari aku. Then, masuk matrik, aku bebas drpd couple2 ni sebab fobia dgn laki .

Dipendekkan cerita, aku dapat sambung degree dekat local university. 1st sem aku kat sana, aku ‘dilamar’ oleh seorang lelaki yang aku mmg tak suka langsung dan semestinya satu u dgn aku. Jujur, dah la tak hensem, mmg takda apa apa yang nak dibanggakan dengan dia. Tapi, sebab effort dia, aku terima dia. Bila aku rasa selesa dan yakin dgn relationship kitaorang, aku bagitahu parents yang kitaorang nak kawen time stdy. mak ayah aku restu . aku happy sbb parents aku bukan jenis yg senang senang boleh terima orang asing nak masuk dalam family kitaorang. Bila aku dah effort nak ke arah perkahwinan, laki ni tiba tiba tinggalkan aku. Terkontang kanting aku dibuatnya. Kitaorang mmg takde bergaduh, takde buat dia marah or what, end up dia tinggal aku mcmtu je. Dengan alasan, maaf, awk dah tak menarik macam masa mula mula kita kenal dulu. Dulu awk kurus, sekarang dah gemok, katanyaa. See, dia buruk aku boleh terima, aku buruk? dia buang aku macam sampah.

Then, jangan cerita la aku punya frust tu mcmmana. Memang aku tak percaya sorang laki pun lepastu, and focus on study aku je. Sampailah satu hari aku dapat tahu yg budak laki ni bercintan cintun dengan coursemate aku. Memang mendidih la hati aku ni. Memang aku sumpah seranah dia.

Aku try hard utk move on. Memang payah sbb hari hari nampak depan mata kot budak dua ekoq ni. Lepas aku dah move on, aku kenal dengan sorang laki. Dia berkerjaya dan dia ajak aku kawen. Perempuan oii, memang la berbunga bunga bila ada laki cakap nak masuk minang aku. kitaorang kenal kat wechat je. lepastu entah mcmmana mmg aku selesa jugak and dia laki 1st aku bukak pintu hati ni lepas aku frust dlu. Nak dijadikan cerita, aku jumpa dia. And guess what,tu la 1st and last aku jumpa jantan ni, haha. Balik je jumpa dia, satu message panjang bejeler aku dapat, yg katanya dia nak putuskan hubungan kiroarang sebab apa? sebab aku ni gemok buruk apa la semua. see? kali kedua aku dah kena tinggal sebab benda yang sama, sebab paras rupa. mmg dia tak chat aku dah lepastu.

Tapi, yang ni aku tak frust sangat, sebab aku dah kena dua kali. Lepas dari peristiwa pahit tak berapa pahit ni, aku berazam yang aku takkan terima mana mana laki dalam hidup aku. selagi dia belum jumpa parents aku cakap nak jadikan aku yang halal. Ramai la jugak orang yg add aku kat wechat sbb aku letak profile aku bermakeup cantik-cantik. Lelaki mana yang tak suka perempuan cantik kan. cakap nak kenal. Ada jugak jumpa lepas kenal tu, tp sekadar kawan2. N laki takkan chat dgn aku lama lama lepas jumpa aku sebab aku buruk haha. ehh tak laa buruk mana, sebab aku gemok mendadak and nak turun berat badan susah.

And aku dah cakap kat diri aku, aku akan terima lelaki yang boleh terima aku seadanya, ikhlas dengan aku and setia. Cantik tu subjektif je. Ye aku tahu tak semua lelaki tu suka perempuan yg cantik je, but mostly ya. Hari hari aku doa ALLAH bg aku seorang laki yg boleh terima aku seadanya. Bukan nak main-main, lepastu blah. aku tak suka relationship yg entah apa apa.

Jadi, kepada gadis-gadis diluar sana, jangan lah terlampau sedih kalau laki taknak kat awak awak yang tak berapa nak lawa kat mata diorang ni. Sebab kita cantik dekat mata yang nampak ‘cantiknya’ kita bukan cuma pada fizikal, tapi peribadi jugak. Kalau cantik tapi nothing, tak guna jugak kan. Dan buat lelaki yang tak taubat taubat nak main-mainkan hati perempuan, bawak bawak lah insaf dan kembalilah ke pangkal jalan. Sekian. Kredit:- Gadis Tunggu Jodoh Tergolek dari Langit

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

The post Aku Terima lamaran Lelaki Yang Tak KACAK Langsung, Bila Dah Nak Kahwin Lelaki Ini…. appeared first on BERITA HARIANI.



Sumber : berita hariani
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close