Walau Sebesar Mana pun Dosa Kau Pernah Buat, Sembahyanglah
Wahai saudara dan saudariku, sembahyanglah.
Tidak kira apa jua yang berlaku dalam hidup kamu, sembahyanglah.
Tidak kira apa jua dosa yang kamu lakukan dan berapa banyak kamu melakukannya, sembahyanglah.
Tiada alasan.
Seorang wanita memberitahu aku, "Saudara, saya tidak memakai tudung."
Aku berkata kepadanya, sembahyanglah.
Dia memberitahu aku, "Lihatlah, cara pemakaian saya bukan yang terbaik."
Aku berkata kepadanya, sembahyanglah.
"Saudara, saya minum arak."
Sembahyanglah.
Seorang lelaki berkata kepadaku, "Saya menjual dadah."
Sembahyanglah.
"Saya mengambil dadah."
Sembahyanglah.
"Saya mempunyai teman wanita dan saya tidur dengan dia."
Aku berkata kepadanya, sembahyanglah.
Tidak kira apa jua yang berlaku dalam hidup kamu, sembahyanglah.
"Tetapi saudara, bagaimana saya boleh melakukan semua dosa-dosa ini dan sembahyang? Itu kurang ajar. Itu menjadikan saya seorang munafik."
Aku berkata kepadanya tidak! Itulah sebabnya kita sembahyang.
Kerana kita tidak sempurna, kita pendosa, kita zalim.
Sembahyanglah.
Allah berfirman, "Sembahyang akan membawa kamu jauh daripada dosa."
Sembahyanglah.
Kadang-kadang ada orang berkata, "Begini, biarlah saya meluruskan hidup saya dahulu dan insyaAllah saya akan mula sembahyang."
Saudara saudari, kamu tidak akan dapat meluruskan apa-apa jika kamu tidak sembahyang.
Itulah sebabnya kamu sembahyang, untuk meluruskan kembali hidup kamu.
Jangan biarkan sesiapa menjadi penghalang di antara kamu dan Allah.
Sembahyanglah.
Tidak kira apa jua yang berlaku dalam hidup kamu, sembahyanglah.
Tidak kira di mana jua kamu berada, sembahyanglah.
Kadang-kadang akan ada orang yang datang kepada kamu dan berkata kepada kamu,
"Saudari, kamu sebenarnya seorang munafik. Kamu tahu kamu tidak memakai hijab tetapi kamu sembahyang."
Beritahu dia,
"Wahai saudari, terima kasih banyak-banyak. Memang saya seorang munafik. Semoga Allah memberi ganjaran kepada kamu. Tetapi solat dan ibadah saya hanyalah di antara saya dan Allah."
Bukan hal orang lain.
Nabi SAW berkata, perbezaan di antara kamu dengan mereka (orang kafir) adalah sembahyang.
Sedangkan soalan pertama pada hari kiamat, yang akan ditanya kepada kamu adalah mengenai sembahyang.
Jika kamu lulus, maka segala-galanya selepas itu akan menjadi mudah.
Tetapi jika kamu gagal, maka segala-galanya selepas itu hanya akan bertambah buruk.
Jadi sembahyanglah.
Sembahyanglah saudara saudariku, kamu akan mendapat cinta dari Allah.
Sembahyanglah maka kamu akan mendapat rahmat dan keampunan-Nya.
Bayangkan Allah itu rakan kamu.
Bukan setakat kekayaan, langit dan bumi juga adalah kepunyaan-Nya.
Kamu akan menjadi satu kuasa yang tidak dapat dihalang bila mana Allah berada di sisi kamu.
Jadi tolonglah saudara saudariku.
Tidak kira apa jua yang berlaku dalam hidup kamu, sembahyanglah.
Jangan biarkan sesiapa menghalang kamu daripada Allah.
Pabila dahi kamu menyentuh lantai ketika sujud, itulah waktu kamu paling dekat dengan Allah.
Menangislah kepada-Nya. Mintalah kepada-Nya. Mohon kepada Allah jalan petunjuk dan nescaya kamu akan bertemu kebahagiaan melalui sembahyang.
Sama-sama kita memohon kepada Allah agar menjadikan kita semua orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan tidak akan meninggalkannya tidak kira apa jua berlaku.
Sumber : kaki share
loading...
loading...
Blogger Comment
Facebook Comment