SITI KASSIM BONGKAK, LUPA ALLAH PEMILIK ALAM

photo_2016-10-26_11-10-07
Oleh Siti Fatimah Ishak
photo_2016-10-26_11-10-07
BANGI, 25 Muharram 1438H, Rabu – “Orang yang menentang usaha menambah baik hukum dan undang-undang Islam menerusi pindaan Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) adalah orang yang bongkak. Dia lupa, Allah memiliki seluruh alam ini.
“Kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi, seperti yang tertulis dalam surah
Al-Baqarah ayat 284,” kata Pengerusi Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Omar Kassim. Isma adalah sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.
Merujuk kepada tindakan aktivis liberal, Siti Kassim baru-baru ini yang masih lantang menentang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, Haji Omar berkata, apalah yang dimahukan sebenarnya dalam hidup peguam itu.
“Bersungguh-sungguh dia menolak hukum Syariah. Jika Siti Kassim benar-benar Muslim, percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, saya menasihatkan dia bertaubat segera dan kembali ke pangkal jalan.
“Jika diperhati dari segi luaran dan keperibadian Siti Kassim serta tindak-tanduknya itu, kita boleh membuat andaian bahawa sememangnya dia wajar bertaubat ,” katanya.
Isnin lalu, Siti Kassim dilaporkan membuat demonstrasi di Parlimen kononnya untuk membantah Ran Undang-Undang (RUU) Persendirian yang dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, sebelum ini.
Siti Kassim menyifatkan RUU itu mahu menindas rakyat Malaysia. Bahkan dia dengan tegas berjanji berusaha untuk menolak RUU ini dengan menghantar memorandum.
Haji Omar berkata, tindakan Siti Kassim itu menunjukkan sikap orang yang bongkak, berfikiran liberal dan bebas.
“Orang bongkak dan sombong memiliki sifat Iblis. Orang yang bongkak, berfikiran liberal dan bebas berasakan diri mereka seperti Tuhan, tak mahu dikongkong. Sebaliknya muslim sejati mesti tunduk kepada arahan Allah, penguasa alam ini,” katanya.
Dalam menasihati Siti Kassim, Haji Omar memetik ayat 37 surah Al-Isra yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.”


Sumber : penhijaudaun
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close