Saya Cuma Nak Selamatkan Adik Saya-Arwah Shukri Husin|”Tolonglah Aku Bukan Nak Rosakkan Rumah Tangga Orang” itulah rayuan Muhamad Shukri Husin, 34 kepada ramai pada pertengahan bulan lalu sebelum maut ditikam teman lelaki adiknya di Kompleks Seri Iman, Terengganu pagi semalam.
Kasih dan tanggungjawab sebagai abang benar-benar dilaksanakan Allahyarham apabila tidak mahu adiknya Azlina Husin, 27 ditipu dan berkahwin dengan suami orang.
Pihak pemberita telah membuat carian dan mendapati pada 6 September awal bulan lalu Shukri Husin telah merayu meminta pertolongan ramai untuk mengesan seorang isteri dari lelaki bernama Hafis bin Muhammad (awang) di kampung Baloh munir.
Tidak berhenti disitu, pada 16 september Shukri Husin kembali meminta kepada ramai mengesan wanita bernama afieza binti nawang isteri kepada muhamad hafiz.
“Minta maaf kepada yang mengenali awang dan isteri ,saya bukan nak rosakkan rumah tangga kamu, tapi nak selamatkan adik saya yang percaya kata kata awang ni,Saya nak cari bini awang ni supaya masalah ini dapat diselesaikn secepat mungkin dan suruh bagi penampo kat mulut adik aku yang tengah mabuk kat laki ni,laki ni muut manis,manis sangat sangat.tulisnya .
Menurut isteri mangsa berkata, sebulan lalu, dia dan suaminya pergi ke Pejabat Agama Terengganu dan dimaklumkan oleh pegawai agama di sana mengenai status teman lelaki adiknya itu “sudah beristeri”
“Hal itu kami maklumkan kepada Azlina, (adik Shukri Husin ) namun dia tidak mempercayainya.
Kerana itu, suami ke rumah keluarga di Jeli pada 10.30 pagi semalam untuk mengambil ibu mentua dan Azlina”katanya
Kerana itu, suami ke rumah keluarga di Jeli pada 10.30 pagi semalam untuk mengambil ibu mentua dan Azlina”katanya
Status lelaki yang mahu dikahwini adiknya itu terbongkar pagi semalam apabila semakan di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu mendapati lelaki itu sudah berkahwin dan sudah memiliki anak.
Karena tidak berpuasa hati Hafis kemudian menikam Muhamad Shukri hingga maut dan melarikan diri.
Azlina Husin tidak dapat menahan sebak melihat jenazah abang kandungnya yang ditikam oleh kekasihnya itu sebanyak 6 kali.
Dia tidak menyangka bahwa Hafis yang berperwatakan lembut itu tergamak membunuh abangnya .“Dia hanya cakap OK dan abang saya mengajaknya untuk minum sebelum abang ipar memaklumkan abang mati ditikam lelaki itu,”katanya ketika di tanya pemberita.
Sementara isteri Shukri Husin yang serat mengandung 8 bulan selepas 4 tahun kahwin tidak dapat membendung air matanya,melihat wajah suaminya untuk terakhir kali ketika pemakaman di Tanah Perkuburan Kampung Kok Keli 2, di sini, pada 11.40 malam tadi.
Manakala pihak Polis Wan Abd Aziz berkata, identiti suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan meminta orang ramai yang mengetahui lokasi Mohd Hafiz Mohamad, 29, dari Kampung Baloh, Manir di Kuala Terengganu supaya dapat menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan berkaitan kejadian.
Gambar sekita pemakaman.
http://ift.tt/2dgVKvz
Sumber : penhijaudaun
Blogger Comment
Facebook Comment