Pasangan Bahagia Tidak Suka Tunjuk Aksi Mesra Di Media Sosial


MEDIA sosial ketika ini cukup akrab dengan kehidupan kita. Segala-galanya tentang kehidupan termasuk rumah tangga malah dikongsi menerusi laman ini.

Makan bersama pasangan, bercuti, shopping, hadiah, malah sekadar berlunjur kaki di rumah dengan suami pun dimuat naik untuk pengetahuan rakan-rakan. Tujuannya? Hanya anda yang tahu.

Tapi jika ada yang melakukannya kerana mahu orang lain tahu anda pasangan bahagia ternyata itu satu kesilapan. Kenapa? Sebab pasangan bahagia tidak akan atau jarang sekali mempamerkan kemesraan dan kebahagian mereka di media sosial. Ini kerana pada mereka:

1. Bahagia itu untuk dirasa bukan dipamer
Ketika meraikan waktu gembira bersama pasangan,mereka mahu menikmatinya bukan diganggu dengan rakaman demi rakaman gambar atau lakonan selfie untuk dimuat naik di media sosial.

2. Perasaan bahagia itu bersifat peribadi
Pasangan yang benar-benar bahagia dalam perhubungan tidak berminat menunjuk atau membuktikan mereka bahagia pada orang lain.
Pada mereka perasaan bahagia itu bersifat peribadi. Jadi tak perlu membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain.

3. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan cara berbeza
Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan caranya sendiri. Apa yang buat kita bahagia, belum tentu buat orang lain bahagia jadi untuk apa ia dicanang?

4. Tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dimiliki
Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berduka jadi tidak perlu bangga dengan kebahagian yang dikecapi ini. Tak guna membanding-banding hidup kita dengan orang lain atau merasakan hidup kita lebih baik dari mereka.

Apa pendapat anda? Setuju Tak bahawa kebahagiaan itu bukan untuk dipamer atau anda punya sudut pandangan berbeza dalam ini.

Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close