Gesaan Ikuti Latihan Kampus Maktab Koperasi Malaysia

Published on Oct 6, 2016 in Terkini

KUANTAN Anggota koperasi digesa mengikuti latihan secara sukarela di enam kampus Maktab Koperasi Malaysia (MKM) bagi manambah ilmu dan memahami perjalanan pentadbiran berkaitan koperasi yang semakin mencabar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata setakat ini, kursus yang disediakan MKM hanya wajib diikuti anggota lembaga koperasi supaya tindakan yang dilakukan adalah mengikut undang-undang.

Jika tidak mempunyai pengetahuan, kita hanya akan menjadi anggota yang menunggu dividen semata-mata. Dalam mesyuarat yang diadakan, hanya sebilangan sahaja yang akan faham apa yang dibincangkan.

Sebab itu kita mahu semua mempunyai ilmu supaya mereka boleh membuat penilaian seperti pengurusan risiko, apa itu tadbir urus baik, sekaligus menjadikan mesyuarat sebagai medan untuk mereka maju ke hadapan, katanya.

Hamzah berkata demikian semasa merasmikan kampus MKM Zon Timur di Indera Mahkota di sini hari ini, yang dihadiri Ketua Pengarah MKM Profesor Madya Dr Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Hamzah berkata adalah penting kepada hampir tujuh juta anggota koperasi mempunyai pengetahuan berkaitan koperasi memandangkan konsep dan matlamat koperasi ditentukan oleh kerjasama dan persefahaman anggota, bukannya secara individu.

Penglibatan koperasi juga banyak meneroka sektor baharu bidang keberhasilan bagi menjana pendapatan seperti pelancongan, perladangan, kredit, peruncitan dan hartanah.

Perkembangan ini memerlukan kaedah pelaksanaan serta pengurusan koperasi yang lebih kompeten dan terancang, katanya.

Mengulas mengenai kursus yang ditawarkan MKM, Hamzah berkata kursus yang ditawarkan meliputi pelbagai bidang dan mengambil masa antara tiga bulan, enam bulan malah sehingga ke peringkat diploma.

Katanya kewujudan kampus MKM di lokasi berbeza juga membolehkan peserta kursus mendapat pengetahuan sebenar dan latihan praktikal berkaitan bidang diceburi seperti perladangan dan bukan hanya bergantung kepada teori dalam kelas.

Mengulas mengenai kewujudan kampus MKM Zon Timur, Hamzah berkata kampus itu akan menjadi pusat pendidikan dan latihan koperasi yang penting memandangkan masih ramai anggota koperasi di Pantai Timur yang belum mengikuti kursus.

Bagaimanapun, kesedaran mengikuti kursus semakin meningkat dengan penyertaan seramai 2,959 orang melibatkan 63 program pada tahun ini, manakala data pada tahun 2015, menunjukkan jumlah koperasi berdaftar di Pantai Timur sebanyak 2,435 buah. BERNAMA

  • Facebook
  • Twitter
  • Google
  • Pinterest

Tags: Hamzah Zainuddinkoperasi

Anda Juga Mungkin Berminat

Topi Keledar Kura-Kura Masih Dikaji - Hamzah Aug 19, 2016

Topi Keledar Kura-Kura Masih Dikaji Hamzah

TAIPING Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasidan Kepenggunaan sedang mengkaji terhadap topi keledar separuh yang juga

Anggota Koperasi Digesa Ikuti Latihan Kampus Maktab Koperasi Malaysia Aug 5, 2016

Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan 2011 Dikaji Semula

KOTA BAHARU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam proses mengkaji semula Akta

Hamzah Zainudin Aug 4, 2016

Sukarelawan Friends Of KPDNKK Bantu Pengguna

DUNGUN Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mahu lebih ramai pengguna mendaftar sebagai

bisnes rakyat ivPPZKPWKMKPTM300x900pxl banner

Post navigation

Previous Story Previous post: Pihak Sekolah SMK Balung Boleh lanjut Tempoh Tutup SekolahNext Story Next post: Kes Rasuah Sabah: Isteri Suspek Miliki RM750 Ribu

Terkini dari Terkini

image Oct 6, 2016

N.Sembilan Mahu Rampas Piala Agong Dari Perak

SEREMBAN Negeri Sembilan berazam merampas Piala Agong apabila berdepan Perak pada Hari Terakhir Untuk Parti BN Kemuka Maklum Balas Persempadanan Semula Oct 6, 2016

Hari Terakhir Parti BN Kemuka Maklum Balas Sempadan SPR

PUTRAJAYA Setiausaha agung parti komponen Barisan Nasional (BN) diberi sehingga hari KPM Oct 6, 2016

Pihak Sekolah SMK Balung Boleh lanjut Tempoh Tutup Sekolah

KUALA LUMPUR Pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, Tawau, Sabah, Rafizi Ramli Oct 6, 2016

1MDB: Mahkamah Putuskan Nasib Rafizi 14 Nov Ini

KUALA LUMPUR Mahkamah Seksyen di sini menetapkan 14 Nov ini untuk Sabah Sentiasa Berusaha Kukuhkan Tahap Bekalan Makanan Negeri Oct 6, 2016

Sabah Sentiasa Usaha Kukuh Tahap Bekalan Makanan Negeri

KOTA KINABALU Kerajaan Sabah sentiasa berusaha memastikan bekalan makanan di negeri

Advertisement

We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. advertisement@mynewshub.my

Kategori

  • Alhijrah Frenz
  • Artis
  • Gadjet
  • Gaya Hidup
  • Hangat
  • Jenayah
  • myVideo
  • Politik
  • Resepi
  • Slider
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Utama & Sensasi
  • Video Viral

Tags

1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahJerebukanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakiMalaysiamautMayatMH17MH370myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi

Subscribe in a reader

Powered by Extra Media Network

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Sumber: http://ift.tt/2dMMxXQ

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



Sumber : media letop
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close