Berdua Sampai Ajal|Seorang anggota tentera berpangkat koperal dan isterinya maut selepas kereta dinaiki terbabas serta terbalik di Jalan Besar FELDA Palong 4, di sini, petang tadi.
Zahepul Bahari Nasir, 33, dan Rusnita Rusli, 31, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, berkata dalam kejadian jam 3.35 petang itu, pasangan terbabit dalam perjalanan dari Kem Terendak, Melaka menghala ke FELDA Palong 7, di sini.
“Siasatan awal mendapati kereta mangsa terbabas ke tepi jalan sebelum merempuh tebing bukit dan terbalik ketika memotong sebuah kereta lain.
Dimaklumkan semasa kejadian pasangan suami isteri ini sedang Bercuti Tahun di Palong Negeri Sembilan pada 09 Oktober 2016.
“Kedua-dua mangsa yang tersepit dikeluarkan anggota bomba tidak lama selepas kejadian, namun didapati sudah meninggal dunia,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber : penhijaudaun
Blogger Comment
Facebook Comment