Assalamualaikum Papa, Mira Dengan Adik Datang Ni|“Assalamualaikum, Mira dengan adik datang…” – Kata si Nur Firuza Amira di kubur ayah
“Bila dia (Aqilah) nak tidur, dia akan cari bantal mak dia dengan kain tudung mak dia. Yang kakak (Amira), bila dia terasa rindu sangat dia akan ambil baju papa dia.
“Jadi hujung minggu tu saya akan bawa lah mereka ke kubur. Dia akan cium kubur papa dia, kata “Assalamualaikum, Mira dengan adik datang…’ sebab rumah dekat dengan kubur kan memang selalu pergi.”
Demikian kata Yusnidah Husain, 48, ibu saudara yang juga penjaga kepada dua beradik yatim piatu, Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 8, dan Nur Firuza Aqilah Fairuz Nizam, 5, ketika ditemui di sini, petang tadi.
Yusnidah adalah kakak kepada bapa dua beradik itu, Fairuz Nizam Husain, 35, yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada 2 Mei 2015.
Yusnidah adalah kakak kepada bapa dua beradik itu, Fairuz Nizam Husain, 35, yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada 2 Mei 2015.
Kemalangan itu turut meragut nyawa isteri Fairuz, Nova Safitri Azhari, 27, dan anak bongsu mereka, Nur Firuza Annisa yang berusia tujuh bulan.
Yusnidah yang sudah mendapat kebenaran mahkamah untuk penjagaan dua beradik ini sejak 11 Ogos tahun lalu berkata, Amira dan Aqilah juga sering terjaga daripada tidur teringatkan ibu bapa mereka.
“Bila mereka rindu, dia akan menangis-nangis tengah malam saya akan bawa keesokan harinya. Sebab kubur memang dekat dengan rumah kan.
“Amira agak kerap kalau malam tengah tidur dia akan menjerit, ‘papaaa… mamaaa… jangan tinggal Mira, papa… mama…’ jadi saya akan pujuk dia redakan dia.
“Dia menangis-nangis dan minta papa, mama… Dia minta apa yang kita tidak boleh adakan,” katanya yang dipanggil mama oleh dua beradik itu.
Yusnidah berkata, dia akan memujuk dua beradik berkenaan dengan membawa mereka ke kubur berdekatan rumah di Taman Batu Muda di sini sekurang-kurangnya dua bulan sekali.
Sementara itu, Amira ketika ditemubual cukup petah berkata-kata.
Berikut temubual wartawan dengan Amira
Wartawan: Kakak dah besar nak jadi apa?
Amira: Selalu suka main fesyen-fesyen, masak-masak dengan adik. Dah besar nanti Mama kata dengan Baba kalau belajar pandai-pandai boleh jadi ‘lawyer’ (peguam).
Wartawan: mama dengan baba (penjaga) ada bawa pergi kubur?
Amira: Ada. Baca al-Fatihah. Doakan Mama dengan Papa.
http://ift.tt/2dD8mM2
Sumber : penhijaudaun
Blogger Comment
Facebook Comment