Masalah darah tinggi bukan hanya boleh menyerang golongan berusia sahaja tetapi wanita mengandung juga berisiko menghadapinya. Ia tidak harus dianggap remeh kerana penyakit ini sebenarnya berbahaya bahkan boleh menyebabkan kematian ibu, janin atau pun keduanya sekali.

Di Malaysia, kes sebegini dilaporkan semakin meningkat saban tahun. Jadi, wanita mengandung terutama yang berisiko seperti mempunyai sejarah keluarga berpenyakit darah tinggi perlu berwaspada. Ketahui apa bahayanya kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Bahaya kepada ibu

1. Sawan (eclampsia)

2. Kadangkala boleh membawa kepada kematian atau koma jika berlaku keadaan eclampsia (tidak boleh bergerak) yang mana disebabkan oleh pembengkakan di bahagian otak (cerebral oedema).

3. Berlaku strok jika terdapat pendarahan di bahagian otak.

4. Kegagalan hati.

5. Pembengkakan hati

6. Kegagalan jantung.

Bahaya kepada bayi

7. Berlaku placental abruption berikutan pengasingan plasenta dari dinding rahim sebelum bersalin lalu menyebabkan pendarahan faraj dan pendarahan dalam badan hingga mendorong kepada kes kematian dan kecacatan bayi.

8. Pertumbuhan dalam rahim yang terencat di mana berikutan pencerutan salur darah yang membawa oksigen dan nutrisi kepada bayi. Tumbesaran bayi akan terencat menyebabkan berat badan bayi ringan. Bayi memerlukan bantuan pernafasan dan sokongan inkubator selepas dilahirkan.

9. Kelahiran pramatang boleh berlaku berikutan kelahiran yang mendadak. Kelahiran elektif pramatang kadangkala dilakukan untuk mengelakkan ibu dan bayi mendapat komplikasi. Kadang kala bayi akan melepaskan najis sebelum sempat dilahirkan, penyedutan najis oleh bayi itu sendiri akan berlaku menyebabkan kerosakan paru-paru.

Jika mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung, ikut segala nasihat doktor dan sila ambil langkah berjaga-jaga selain bersiap awal untuk melahirkan pada bila-bila masa termasuk menyediakan keperluan bayi dan ibu sebelum bersalin dan disimpan di dalam kereta.