Published on Oct 6, 2016 in Terkini
KUALA LUMPUR Mahkamah Seksyen di sini menetapkan 14 Nov ini untuk keputusan terhadap Anggota Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli, bagi dua pertuduhan memiliki dan mendedahkan halaman 98 laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mac lepas.
Hakim Zulqarnain Hassan menetapkan tarikh tersebut selepas peguam tertuduh, Gobind Singh Deo, memaklumkan mahkamah bahawa pihak pembelaan menutup kes selepas mendengar keterangan Mohd Rafizi yang merupkan saksi tunggal pihak pembelaan hari ini.
Mahkamah juga menetapkan 21 Okt ini untuk pihak pembelaan mengemukakan hujahan bertulis dan 31 Okt untuk pihak pendakwaan membalas hujahan tersebut.
Terdahulu, Mohd Rafizi, yang juga naib presiden dan setiausaha agung PKR memberi keterangan daripada kandang tertuduh.
Katanya beliau tidak bersalah atas dua tuduhan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) itu dan memohon agar dia dilepas dan dibebaskan.
Mohd Rafizi berkata ia berikutan perkara asas dalam pertuduhan terhadapnya iaitu halaman 98 laporan 1MDB tidak dikemukakan dalam perbicaraan.
Dengan tiadanya halaman 98 Laporan Pengauditan 1MDB seperti dinyatakan dalam kertas pertuduhan, saya diprejudiskan dengan amat sangat kerana tidak boleh merujuk kepada dokumen itu dalam pembelaan saya sepanjang perbicaraan ini.
Saya tidak pernah memiliki halaman lengkap muka surat 98 Laporan Pengauditan 1MDB pada bila-bila masa seperti dinyatakan dalam pertuduhan terhadap saya.
Oleh itu, saya menyatakan dengan tegas bahawa saya tidak bersalah untuk kedua-dua kesalahan yang saya hadapi dalam perbicaraan ini, katanya.
Gobind kemudian memohon mahkamah untuk memanggil semula saksi pendakwaan pertama kes itu iaitu Timbalan Pengarah Audit di Jabatan Audit Negara, Nor Salwani Muhammad @ Mat.
Ketika pemeriksaan balas oleh Gobind, Nor Salwani, 49, bersetuju bahawa dokumen yang bertanda P13 yang merupakan bahan bukti dalam kes itu adalah sebahagian daripada halaman 98 Laporan Pengauditan 1MDB.
Saksi itu turut bersetuju bahawa ada beberapa perenggan dalam halaman 98 yang tidak terkandung pada halaman terakhir P13 tersebut.
Ketika pemeriksaan semula Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Hazmi Mohd Saad, Nor Salwani berkata setelah menyemak P13 beliau bersetuju ia adalah sebahagian dari halaman 98 laporan 1MDB yang asal.
Mohd Rafizi didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac lepas, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) OSA 1972 dan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mendedahkan kandungan laporan tersebut dalam sidang media di tempat dan pada masa sama, 28 Mac lepas, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan. BERNAMA
Tags: 1MDBRafizi Ramli
Anda Juga Mungkin Berminat
Sep 1, 2016
Bocor Maklumat 1MDB: Rafizi Diarah Bela Diri
KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli untuk membela diri
Sep 1, 2016
1MDB: Rafizi Ramli Diperintah Bela Diri
MAHKAMAH Seksyen Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membela diri atas dua
Mar 31, 2016
Rafizi Diminta Henti Campur Tangan Dalam Siasatan PAC
KUALA LUMPUR 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah meminta Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli supaya menghentikan
Post navigation
Previous Story Previous post: Sabah Sentiasa Usaha Kukuh Tahap Bekalan Makanan NegeriNext Story Next post: Pihak Sekolah SMK Balung Boleh lanjut Tempoh Tutup Sekolah
Terkini dari Terkini
Oct 6, 2016
N.Sembilan Mahu Rampas Piala Agong Dari Perak
SEREMBAN Negeri Sembilan berazam merampas Piala Agong apabila berdepan Perak pada Oct 6, 2016
Hari Terakhir Parti BN Kemuka Maklum Balas Sempadan SPR
PUTRAJAYA Setiausaha agung parti komponen Barisan Nasional (BN) diberi sehingga hari Oct 6, 2016
Gesaan Ikuti Latihan Kampus Maktab Koperasi Malaysia
KUANTAN Anggota koperasi digesa mengikuti latihan secara sukarela di enam kampus Oct 6, 2016
Pihak Sekolah SMK Balung Boleh lanjut Tempoh Tutup Sekolah
KUALA LUMPUR Pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, Tawau, Sabah, Oct 6, 2016
Sabah Sentiasa Usaha Kukuh Tahap Bekalan Makanan Negeri
KOTA KINABALU Kerajaan Sabah sentiasa berusaha memastikan bekalan makanan di negeri
Advertisement
We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. advertisement@mynewshub.my
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahJerebukanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakiMalaysiamautMayatMH17MH370myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
Sumber: http://ift.tt/2cVNFaq
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Sumber : media letop
Blogger Comment
Facebook Comment