Wanita Tak Ingat Rogol Lelaki, Kini Mengandung Dua Bulan!


SEORANG wanita Seattle, Chantae Gilman, berdepan dengan tuduhan merogol selepas seorang lelaki mendakwa wanita berkenaan memecah masuk ke rumahnya pada tengah malam lalu menindih serta memperkosanya ketika dia tidur.
Mangsa yang berusia 31 tahun itu berkata, dia menghadiri satu majlis hari jadi pada malam berkenaan sebelum pulang dalam keadaan letih dan terus tertidur.
Memetik laporan portal thesmokinggun.com, mangsa mendakwa tidak mengenali suspek tetapi tahu dia kenalan seorang lelaki lain dalam bangunan berkenaan. Dia juga mengetahui suspek seorang penagih dadah.
rape-chantae
Dalam kejadian jam 2 pagi, mangsa memberitahu polis dia terjaga apabila menyedari ada tubuh seberat 122 kilogram dengan ketinggian 5 kaki 7 inci berada diatasnya selain menyedari zakarnya yang tegang berada ‘didalam’ Gilman.
Lantas dia meminta Gilman turun darinya tetapi permintaannya diabaikan. Tetapi dia berjaya meloloskan diri. Gilman kemudian mengarahkannya supaya senyap. Mangsa berjaya memujuk Gilman keluar dari rumahnya dan keesokkan harinya mangsa ke Pusat Perubatan Harboview bagi membuat pemeriksaan seranga seksual.
Rekod mahkamah tidak mendedahkan bagaimana Gilman boleh masuk ke apartmen mangsa.
rape ip1rape ip2
Ketika di soal pihak oleh polis, Gilman menafikan mengenali mangsa dan berkata beliau tidak ingat bila dia berada di rumah itu atau mengadakan hubungan seks dengan mangsa.
“Dia berkata bahawa dia mempunyai penyakit mental dan mengalami gangguan bipolar psikosis,” kata Detektif Ishimitsu.
Baru-baru ini suspek memuat naik komen dalam laman Facebooknya dengan berkata, dia yang sudah mempunyai dua anak, mengandung dua bulan. :-MYNEWSHUB.CC
Oleh: CRIMEBUSTERZ
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close