VIDEO seorang wanita yang bertindak berbogel ketika membonceng sebuah motosikal di Rusia telah viral di laman sosial.
Kejadian yang berlaku di sepanjang jalan Voronezh di barat Rusia itu telah dirakam oleh orang awam yang menggunakan jalan tersebut.
Wanita yang jelas kelihatan gembira di atas motosikal terbabit dilihat tidak mengenakan apa-apa pakaian dan tidak peduli dengan orang disekeliling.
Motosikal tersebut dipercayai dipandu oleh seorang lelaki yang memakai jaket lengkap beserta topi keledar itu kini diburu oleh pihak polis di Rusia.
Polis menyatakan mereka berdua kini diburu kerana melakukan beberapa kesalahan jalan raya namun pihak polis tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut kerana tidak mempunyai data peribadi yang kukuh.
Wanita tersebut boleh dikenakan saman kerana tidak memakai topi keledar serta bekelakuan samseng di jalan raya bersama-sama pemandu itu. – MYNEWSHUB.CC
Blogger Comment
Facebook Comment