(Video) Selepas Dikecam Kuat Berangan, Pemilik Produk Satin Skinz Betul-Betul Taja TGV Cinema Dengan Harga Jutaan Ringgit


28 Sep - Selepas mendapat kecaman sinis dari beberapa netizen yang kurang yakin dengan impiannya untuk membeli sebuah panggung wayang, pemilik Satin Skinz membuat kejutan baru-baru apabila melancarkan kolaborasi antara syarikat tersebut dengan gergasi cinema, TGV.

"Hari ini, Satin Skinz melakar sejarah dalam dunia kecantikan Malaysia dengan melancarkan Place Hijacking, kerjasama antara Satin Skinz dengan gergasi cinema Malaysia, TGV.

"Satin Skinz menjadi satu-satunya syarikat kecantikan yang pertama di Malaysia dengan kolaborasi sedemikian rupa yang mana menelan belanja jutaan ringgit", kata Satin Skinz dalam satu kenyataan semalam.

Iskandar & Mimi di majlis pelancaran semalam

Majlis itu berlangsung di TGV Sunway Pyramid semalam dan boleh dilihat TGV berkenaan dihiasi dengan poster dan banner dari Satin Skinz.

Iskandar & Mimi di majlis pelancaran semalam

Turut menyaksikan pelancaran kolaborasi itu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TGV Cinema selain dimeriahkan oleh artis-artis tempatan.

Sebelum ini, pemilik Satin Skinz mendapat pelbagai reaksi dari netizen selepas memuat naik kenyataan ingin membeli rangkaian cinema TGV.

Satin Skinz merupakan produk kecantikan berasaskan chewable candy yang mampu membantu memputih, mencerah dan menggebukan kulit pemakai.

  


Sumber : penhijaudaun
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close