Ahmad Saifuddin Amran
Tahun 2, Fakulti Perubatan
Jordan University of Science and Technology
Salam. Mesti baca!! And sorry for the interruption. Ustaz Harun Din, korang kenalkan? Dalam ceramah dia, ada membaca sebuah artikel yang menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat. Planet Marikh (planet ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan September lepas. Maknanya, planet yang dekat dengannya juga (bumi) akan bertukar arah pergerakan dia juga. Maka pada saat itu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur (tanda-tanda besar kiamat). Ingat, matahari terbit sebelah barat, pintu taubat dah ditutup. Tiada harapan lagi!! Maklumat ni juga telah dihentikan penyebarannya oleh NASA kerana akan menguntungkan pihak Islam. Tolong sebarkan untuk kemaslahatan kita bersama. Wassalam
Khabar angin tentang dunia hampir kiamat kian bertahun lamanya berlegar-legar di dunia maya. Atas nama menyedarkan orang ramai, ramai antara kita tidak sedar yang sebenarnya kita telah menyebarkan perkhabaran palsu yang sangat dilarang oleh Rasulullah SAW. Bahkan tanpa kita sedari, hal ini boleh mendatangkan keaiban yang besar terhadap umat Islam kerana terang-terangan meninggalkan amalan yang dianjurkan Al-Qur’an iaitu “memastikan kebenaran berita”.
Biarpun yang mengatakannya adalah seorang alim ulama, namun tidak semestinya setiap patah kata yang keluar dari mulut beliau adalah tepat dan boleh diterima. Lebih-lebih lagi jika perkara yang disampaikan itu bukan dari bidang yang dikuasai. Menjadi kewajipan juga menegur kesilapan walaupun di kalangan ulama kerana manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Bukan saja pemerintah yang perlu ditegur, kadangkala ulama juga.
Alhamdulillah, penghargaan kepada imakubex, salah seorang forumer di portaliluvislam.com yang telah berjaya memperbetulkan kesilapan ini. InshaAllah dalam artikel kali ini, saya akan cuba menghuraikan semudah yang mungkin secara saintifik fenomena yang berlaku. (Saya pohon rakan-rakan aliran fizik untuk perbetulkan kesalahan jika ada)
Analogi Mudah
Sekiranya penjelasan di atas sukar difahami, saya berikan satu analogi. Bayangkan ada dua buah kereta yang berpusing mengelilingi roundabout. Kereta di sebelah luar bergerak lebih perlahan dari kereta yang di sebelah dalam. Apabila kedua-dua kereta ini berselisih, pemandu kereta yang sebelah dalam akan nampak seolah-olah kereta yang di sebelah luar bergerak mengundur ke belakang. Hakikatnya kereta tersebut juga bergerak ke hadapan. Fenomena inilah yang dimaksudkan sebagai retrograde motion.
Kita dapat melihat fenomena tersebut untuk satu tempoh yang agak panjang kerana orbit yang besar menyebabkan tempoh perselisihan itu panjang berbanding analogi kereta yang mengambil masa beberapa saat untuk berselisih.
Walaupun sms itu mungkin tidak tepat telahannya, namun harus diingat bahawa memang dunia sudah tua dan akan kiamat tidak lama lagi. Tetapi siapa ‘tidak lama’ itu bila? Masa berjalan begitu pantas walaupun kita merasakan hidup kita mungkin lama lagi. Sabda Nabi junjungan sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud, “Masa aku dibangkitkan dengan Hari Kiamat seumpama 2 jari ini, sambil baginda menunjukkan jari telunjuk dan jari tengahnya.” Maknanya dikira akhir zaman itu ialah sejak zaman Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam lagi. Sementelah sekarang ini lagilah dekat kita dengan kiamat. Semua tanda-tanda kecil sudah berlaku. Takkan kita mahu menunggu tanda besar datang dahulu baru mahu bertaubat!
YA ALLAH, MATIKAN LAH KAMI DALAM BERIMAN, BANGKITKANLAH KAMI DALAM BERIMAN, HIMPUNKANLAH KAMI DI PADANG MAHSYAR DALAM BERIMAN, MASUKKANLAH KAMI KE DALAM SYURGAMU DENGAN KEIMANAN YANG ENGAKU KURNIAKAN ITU. AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN.
Read more: http://www.tambahcheese.com/2015/09/ust-harun-din-dakwa-kiamat-telah.html#ixzz3rLgNzsrP
Blogger Comment
Facebook Comment