Suami Pinjam AH LONG Isteri Yang Habiskan. Bila Tak Cukup Duit Nak Bayar, Boleh Pulak Isteri Buat Macam Ni !!!

Suami Pinjam AH LONG Isteri Yang Habiskan. Bila Tak Cukup Duit Nak Bayar, Boleh Pulak Isteri Buat Macam Ni !!! | Assalamualaikum. Saya nak mintak pendapat orang ramai tentang masalah adik saya ni. Sebab pendapat ni nanti saya nak tunjuk kat dia suruh baca. Kami sekeluarga dah nasihatkan dia tapi dia taknak terima.

shop

Ceritanya begini. Pada tahun 2014, adik saya bercinta dengan girlfriend (janda anak 2) dia ni. Sampai lah pada awal tahun 2015 mereka bertunang. Tapi hubugan pertunangan mereka putus di tengah jalan atas sebab peribadi yang tidak dia ceritakan. Namun, pada akhir 2015, mereka bersatu semula dan terus nikah. Perempuan tu pujuk balik adik saya & cakap nak berubah.

Selepas nikah, 1 persatu perangai sebenar perempuan tu nampak. Adik saya bekerja sebagai Sales Advisor di P****N dan isteri dia juga Sales Advisor di P*****A. Biasalah, dalam bahagian sales, basic gaji agak rendah tapi commission besar. Ada masa dapat sikit ada masa dapat banyak. Tapi isteri adik saya bertuah sebab sales dia agak bagus. Adik saya sebulan biasa dapat dalam RM3-4k. Isteri dia pulak RM5-6k. Adik saya ni gaji dia memang dia bank in kan semua masuk acc isteri dia. Itupun lepas tolak bayar hutang Ah Long (mak dia pinjam nama dia sblm dia kahwin. RM1400 sebulan), bayar bil2 rumah mertua dia dalam RM400 sebulan dan beli susu, pampers, barang rumah anak2 isteri dia.

Al kisah sejak kebelakangan ni, isteri dia berubah sikap. Dia block FB, WeChat & Whatsapp adik saya. Kalau adik saya balik rumah, dia tak bercakap sangat. Cuci baju, adik saya yang buat sbb isteri dia allergy sabun. Disebabkan adik sy tggl dgn mertua (syarat isteri dia ttpkan sblm kahwin), cuci pinggan ahli keluarga (8 org serumah) adik sy yg buat. Isteri dia balik kerja, makan, layan anak, main telefon. Adik sy dia x layan. Adik sy tidur, br dia naik katil. Adik sy peluk, dia ckp rimas. Family isteri dia selalu sindir2 adik sy ckp adik sy menumpang free. Dia x tau bil2 rumah dan brg dapur adik sy yg beli. Family dia ingat isteri dia yg beli maklumlah isteri dia berduit. Adik sy diam xnak gaduh dan x kisah. Biarlah mereka fikir isteri dia baik. Hari raya haritu adik sy tak raya pun kt rumah mak dia sbb isteri dia nak raya rumah nenek dia.

Kejadian bermula 2 hari lepas. Bulan lepas adik sy terima RM9k. Tp dia sendiri x tau mcm mana RM9k tu habis sekelip mata sbb isteri dia urus semua. Adik sy nak byr htg Ah Long. Tp x cukup duit. Jd dia pinjam kt isteri dia RM1k. Hujung bulan byr. Isteri dia xnak tlg sbb dia ckp adik sy menyusahkan dia. Adik sy tegur isteri dia. Adik sy ckp, kenapa dia berubah? Masih sygkan dia x? Isteri dia ckp taktau. Adik sy tyk, menyesal ke nikah dgn dia, dia ckp taktau. Adik sy terlepas ckp “Mcm ni ke awak layan bekas suami awak dulu?”. Isteri dia terus marah dan turun bawah dgn family dia. Bila adik sy kejar ckp bincang kt dlm bilik, dia tinggi suara kat semua family cakap “Sinilah bincang depan semua orang.”

Isteri dia pernah halau adik saya dari rumah dia. So, tolong bagi pendapat. Apa adik saya perlu buat sebab dia lelaki yang baik bagi saya. Saya suruh dia bebaskan diri, jangan seksa diri sendiri, dia cakap mungkin ini dugaan dia. Lagipun belum sampai setahun nikah. Dia harap isteri dia berubah. Kredit:-KRT

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

The post Suami Pinjam AH LONG Isteri Yang Habiskan. Bila Tak Cukup Duit Nak Bayar, Boleh Pulak Isteri Buat Macam Ni !!! appeared first on BERITA HARIANI.

loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close