Sayu ,Luahan Isteri Guru Dan Bayi 6 Bulan Maut Dalam Kemalangan

okliks
Sayu ,Luahan Isteri Guru Dan Bayi 6 Bulan Maut Dalam Kemalangan|Jenazah guru yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Jalan Klang-Teluk Intan di Sekinchan pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebuk Pulai petang tadi. Suasana sugul ketika kira-kira 300 ahli keluarga dan sahabat Mohd Faizuri Ibrahim, 33, menghadiri pengebumian kira-kira jam 6.40 petang itu.
Ibu Allahyarham Mohd Faizuri, Rokiah Kadir, 56, berkata beliau amat terkejut apabila dimaklumkan mengenai kemalangan yang menimpa pemergian anak bongsunya itu tiada sebarang perubahan tingkah laku mangsa sebelum ini.
“Semalam dia ada menelefon saya untuk bertanya khabar. Dia memberitahu saya mahu pergi membeli makanan di kedai kerana beliau tinggal seorang di rumah selepas isteri dan tiga anaknya pulang ke Kelantan untuk menghadiri kenduri di rumah saudaranya. “Dia bercakap seperti biasa tanpa apa-apa perubahan,” katanya.
Bagaimanapun, Rokiah reda dengan pemergian anaknya itu dan percaya pasti ada hikmahnya. Katanya, seperti Mohd Faizuri, suaminya juga meninggal dunia pada usia 30an.
ooo
Rokiah berkata, kali terakhir mereka berjumpa pada perayaan Aidilfitri lalu manakala Mohd Faizuri ada menghubunginya baru-baru ini dan menyatakan hasrat membawanya ke Langkawi serta tiket penerbangan juga sudah ditempah.
Sementara itu, rakan Allahyarham yang juga bekas majikan isterinya di Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB), Mohd Azli Adnan, berkata sepanjang perkenalannya dengan Allahyarham Mohd Faizuri, beliau mengenalinya sebagai seorang guru yang ceria, mudah mesra dan tidak berat membantu orang lain. “Allahyarham memiliki senyuman yang manis sehingga boleh menyenangkan hati rakan-rakan yang bersamanya,” katanya.


Sumber : penhijaudaun
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close