Ingat Gadis Purdah RXZ Purdah Ni ? Motorsikal TERKINI Beliau Buat Ramai Lelaki TERNGANGA !!! | Pakai topi keledar Shoei, RXZ ‘sarung’ sport rim dan penunggangnya gadis berpurdah. ‘Harus’ ia menjadi ‘viral’ apabila gambar berkenaan dimuat naik di Facebook (FB) dan Harian Metro (HM) dapat menghubungi empunya diri, sekali gus membongkar kisahnya.
Farhah Aimuni Ahmad Fauzi, 18, yang menetap di Temerloh, Pahang berkata, gambar itu dimuat naik ibunya di FB.
“Beberapa jam selepas ibu muat naik gambar saya di FB akaun miliknya, ramai kawan menelefon saya memberitahu ia menjadi ‘viral’.
“Sejak itu, apabila saya ke kedai ada orang nak bergambar. Saya jadi malu dan tidak selesa,” katanya.
Menurut Farhah, dia ada sebab tersendiri berpurdah.
Katanya, akibat diganggu ‘Mat Motor’ ketika menunggang motosikal kesayangannya itu membuat dia mengambil keputusan berkenaan.
“Sebelum berpurdah saya pernah dikacau ‘Mat Motor’. Saya tidak selesa dan tidak mahu nampak seperti gadis bermasalah sosial.
“Justeru, saya pakai purdah supaya tidak dipandang negatif,” katanya.
Farhah berkata, ramai juga yang memberi reaksi negatif di FB selepas gambarnya tersebar tetapi dia tidak menghiraukannya,
“Terpulang kepada masyarakat nak menilai saya kerana mereka mempunyai pendapat masing-masing dan ada yang tidak dapat menerima cara saya.
“Bagaimanapun, yang penting niat saya nak melindungi diri daripada diganggu,” katanya.
Menurut anak sulung dari dua beradik itu, dia amat meminati motosikal dan mengumpul wang derngan bekerja sebelum mampu membeli RXZ.
“Minat terhadap motosikal bermula apabila saya sering membantu arwah ayah membaiki motosikal dan dia mengajar saya menunggang motosikal.
“Saya bekerja di kedai kosmetik untuk kumpul RM3,000 dan selepas enam bulan saya berjaya beli motosikal idaman saya(Yamaha RXZ),” katanya.
Menurut Farhah, kini dia menunggang motosikal Kawasaki Ninja 150RR kerana RXZ kesayangannya hilang.
“Beberapa bulan lalu, motosikal saya hilang ketika saya pulang ke Seremban untuk menziarahi kubur arwah ayah,” katanya yang memiliki sijil dalam bidang Teknologi Motosikal GIATMARA Kuala Kurau, Perak. KREDIT HARIAN MEHTRO.
P.S. 1 – Inilah Hasil Campuran Cuka Jalen Dan Softener Daia Yang Buat Ramai Suri Rumah TERSEYUM !!!
P.S. 2 – Inilah VIDEO JELAS Detik Penyanyi Dangdut POPULAR Maut DIPATUK Ular. Memang NGERI !!!
P.S. 3 – Kenapa Semut TAK HURUNG Coklat Cadbury Terbiar. Puncanya Sgt MENGEJUTKAN !!!
P.S. 4 – Inilah Cara HACK Whatsapp Pasangan Anda Dengan MUDAH Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – 10 GAMBAR Bukti Lukisan Lawak GILA GILA Tahun 1993 Kini Jadi KENYATAAN !!!
The post Ingat Gadis Purdah RXZ Purdah Ni ? Motorsikal TERKINI Beliau Buat Ramai Lelaki TERNGANGA !!! appeared first on SAYALUVISLAM.
Sumber : sayaluvislam
Blogger Comment
Facebook Comment