Apa yang dibuat lelaki ini sungguh mengejut dan amat menjijikkan!
Mana tidaknya, selamba melakukan onani di kawasan terbuka iaitu dalam ruang lobi sebuah hotel yang terletak di Puchong, Selangor tanpa segan silu.
Tidak berhenti setakat itu, lelaki gila seks ini bertindak semakin melampau apabila mula melepaskan air maninya dalam botol minuman milik seorang penyambut tetamu hotel selepas selesai melancap.
Difahamkan, perbuatan lelaki itu terbongkar selepas penyambut tetamu yang merupakan seorang wanita merasa kelainan pada minumannya lantas memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) hotel berkenaan.
Rakaman CCTV itu kemudian dimuat naik dalam Facebook oleh seorang pengguna dengan nama akaun Kuan Chee Heng semalam.
Bagaimanapun, nama hotel tidak didedahkan.
– MYNEWSHUB.CC
Blogger Comment
Facebook Comment