TERKINI - Sungguh Sedih keadaan kanak-kanak dipercayai mangsa culik ditemui mati....



KUALA LUMPUR: Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai mangsa culik di Jinjang pada 11 


Ogos lalu ditemui di kawasan sungai Kampung Kemensah, Hulu Kelang, hari ini. Mayat 


kanak-kanak berkenaan ditemui selepas suspek kes terbabit yang mempunyai pertalian 


keluarga dengan mangsa, membawa polis ke lokasi kejadian. Setakat ini pihak polis masih 


mengawasi lokasi kejadian untuk siasatan lanjut. Khamis lalu, seorang kanak-kanak Noor 


Amila Edrus Norsham, hilang ketika menunaikan solat Maghrib di surau perumahan awam 


Jinjang, Sentul, di sini.




Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten 


Komisioner Azman Mohd Isa, berkata pihaknya mula melakukan pencarian di lokasi 


terbabit sejak malam tadi namun gagal kerana keadaan gelap. "Kita sekali lagi membawa 


suspek ke lokasi sama tengah hari tadi sebelum menemui mayat mangsa di bawah gaung 


kawasan sungai. "Setakat ini kebarangkalian mangsa adalah kanak-kanak yang diculik 


adalah besar namun kami masih menunggu sehingga bedah siasat dilakukan di Hospital 


Kuala Lumpur," katanya yang dihubungi BH sebentar tadi. Siasatan dijalankan mengikut 


Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/184421

loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close