Mulai dari atlet berhijab sehinggalah kepada atlet perenang dengan bekas tanda bekam di badan yang telah menimbulkan persoalan oleh media barat.
Tetapi terdapat satu lagi perkara yang viral apatah lagi menarik bila ditonton, reaksi perenang pemenang pingat gangsa, Fu Yuanhui dari China yang terkejut dengan prestasinya sendiri.
Pada mulanya dia mengira tempoh masanya 59 saat, tapi ketika diberi tahu tempoh masanya lebih cepat iaitu 58.95 saat, dia ternyata terkejut dan seakan-akan tidak percaya.
“Whoooaah! Saya begitu cepat !, “jelas Fu selepas dia mencatat masa 58.95 saat, di tempat ketiga dalam acara Wanita 100m kuak lentang separuh akhir semalam.
Anda lihat sahaja, dirinya masih tidak percaya akan pencapaiannya, siap jelir lidah lagi.
Rata-rata netizen cukup terhibur melihat Fun Yuanhui dan beranggapan reaksinya sangat natural dan memuji sikapnya yang jujur.
Comel sungguh!
Blogger Comment
Facebook Comment