Pelakon Iqram Dinzly menganggap gambar percutiannya bersama Uqasha Senrose yang turut menyaksikan aktres itu membuka tudung adalah satu ujian besar dalam dirinya.
Iqram, 33, berkata, dia enggan memberi sebarang komen tentang perkara itu dan meminta individu yang mendedahkan foto dan maklumat berhubung hal itu bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan.
“Saya minta maaf, saya hanya mampu katakan no comment mengenai gambar percutian itu dan tidak boleh beri kerjasama.
“Sahih atau tidak sahih, biarlah Allah menghukumnya kerana kita sebagai manusia sesama manusia seharusnya sebaik mungkin menutup aib sendiri, inikan pula aib orang lain.
“Saya bukan malaikat mahupun maksom kerana kita manusia sentiasa diuji dan diduga,” ujarnya kepada mStar Online.
Iqram dan Uqasha nafi digosipkan bercinta Ogos tahun lalu. |
Iqram berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gambar mesranya bersama Uqasha ketika sedang bercuti di pulau Koh Lipe, Thailand yang tersiar di akhbar mingguan, Ahad lalu.
Beberapa keping foto tersebut memperlihatkan Uqasha tidak berhijab dan berpakaian seksi bersama adik-adik yang lain.
Tambah Iqram, dia berharap perkara tersebut tidak terus diperbesarkan kerana ia merupakan hak dan privasi buat dirinya.
“Saya juga berharap perkara ini tidak terus diperbesarkan. Biarlah apa pun persepsi orang, apa orang nak katakan.
“Andai terjatuh fitnah sekalipun, sebagai hamba Allah saya tetap memaafkan insan itu dan terima kasih kerana prihatin,” ujarnya.
Gosip percintaanya dengan aktres tersebut tersebar sejak pertengahan tahun lalu, namun kedua-duanya menafikan perkara tersebut.
Uqasha sebelum ini pernah bertunang dengan Pekin Ibrahim namun hubungan itu putus dan selepas itu dikatakan menjalinkan cinta separuh jalan dengan Syafiq Kyle.
Sumber :http://www.tawaurians.com/2016/01/isu-uqasha-buka-hijab-dan-berpakaian.html?m=0
Blogger Comment
Facebook Comment