Dipanggil ‘makcik’, Ellie Suriati nekad kuruskan badan: “5 bulan tak makan nasi, kini berat badan 45kg”


1
Pelakon dan pengarah filem Ellie Suriati memberitahu dia tekad untuk mengamalkan diet dengan tidak memakan nasi sejak lima bulan lalu bagi mendapatkan bentuk badan yang kurus.

Ellie Suriati Kuruskan Badan Kerana Tertekan Dipanggil Makcik

Ellie Suriati Kuruskan Badan Kerana Tertekan Dipanggil Makcik
Ellie Suriati Kuruskan Badan Kerana Tertekan Dipanggil Makcik
Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriati Omar, 46, berkata, dia berbuat demikian kerana sering ditegur oleh rakan-rakan lama dan disapa dengan panggilan makcik yang seolah-olah menggambarkan dia sudah terlalu tua.
“Dulu berat badan saya lebih 70 kilogram sekarang sudah nampak kurus tapi saya tidak timbang berat lagi, mungkin lebih kurang 45 kilogram berat saya sekarang dan saya boleh pakai baju saiz S.”
“Saya tertekan dipanggil makcik, itu yang saya rasa nak kurus dan nampak muda sedikit. Lagi pula kawan-kawan lama yang jumpa saya pasti akan tegur tentang berat badan sehingga saya bosan untuk menjawab,” ujarnya kepadamStar Online.
Pengarah filem Penanggal ini ditemui pada majlis memperkenalkan pelajar Akademi Fantasia 2016 (AF2016) pada Selasa lalu.
Ellie lebih yakin dengan penampilan baharu.
Ellie lebih yakin dengan penampilan baharu.
Ellie bertindak sebagai guru Seni Persembahan dalam rancangan itu.
Empat lagi tenaga pengajar AF2016 adalah Edry Abdul Halim (Pengarah Seni Muzik), Linda Jasmine (Guru Tarian & Koreografi), Shahrolbahri (Guru Vokal) dan Mas Idayu (Guru Persembahan Vokal).
Ellie berkata, dia berasa lebih yakin untuk keluar dan berdepan orang ramai dengan penampilannya kini.
Tambahnya, dia kini mencari baju-baju lamanya bersaiz S yang boleh dipakai semula.
“Saya selesa sudah kurus dan rasa yakin untuk jumpa orang, dari segi baju tidak ada masalah kerana saya banyak baju lama yang boleh dipakai semula.
“Selain itu, saya potong rambut pendek bagi mencari kelainan kerana sudah berpuluh-puluh tahun saya rambut panjang,” ujarnya.
Dalam pada itu, bercerita tentang AF2016, Ellie berkata dia akan berkongsi pengalaman selama 20 tahun dengan pelajar-pelajar AF2016.
Dia juga akan cuba mengajar peserta-peserta seikhlas mungkin dan memberi seberapa banyak ilmu sebelum program tersebut berakhir.
“Insya-Allah, saya akan beri yang terbaik dan cabaran saya ialah untuk musim ini saya bersendirian, tidak seperti sebelum ini AF ada dua guru seni persembahan,” ujarnya.
Sumber: Mstar
Sumber : babab.net
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close