AHLI perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu menepis dakwaan mengatakan dia sudah bercerai dengan isteri keduanya, penyanyi Adira Suhaimi semata-mata mahu berkahwin lagi, dengan seorang pelakon.
Melalui satu laman ruangan sembang gosip, Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red dikatakan telah menceraikan Adira apabila tersebarnya gambar Ruhainies sedang membeli barangan kemas.
Dalam pada itu Datuk Red memberitahu, dia tidak akan menceraikan isteri-isterinya untuk berkahwin lain dan jika mahu berkahwin, dia hanya akan menambah bilangan isterinya sahaja.
“Lawak betul kerana Adira sedang mengandungkan anak saya, dan saya sayangkan dia. Macam mana boleh keluar gosip yang kami sudah bercerai pula.
“Sibuk betul orang bercakap tentang saya ya.
“Saya tidak akan membuang isteri-isteri saya tetapi kalau setakat menambah, saya mahu,”katanya kepada mStar Online.
Datuk Red juga tidak mahu mengulas tentang Ruhainies dan meminta bertanya kepada pelakon baharu itu sendiri. – MYNEWSHUB.CC
Blogger Comment
Facebook Comment