Saudah dan suaminya yang juga mekanik, Mohd Yassin Isa, 54, menunjukkan gambar Faiha yang sedang dirawat di HSNZ.
KEMAMAN - Seorang bayi sindrom down berusia lima bulan, Nur Faiha Nazifa Amran memerlukan RM45,000 bagi menampung kos pembedahan berikutan jantungnya bocor dekat saluran darah.
Nenek bayi malang itu, Saudah Hak, 44, berkata, Institut Jantung Negara (IJN) menyarankan supaya pembedahan terhadap Faiha perlu dilakukan dengan kadar segera.
Menurutnya, anak bongsu dari tiga beradik itu kerap dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan pada 5 Jun lalu sekali lagi dimasukkan ke ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu selepas mengalami jangkitan kuman di paru-paru dan tekanan darah rendah.
"Penyakit sindrom down Faiha dikesan sejak lahir dan ketika berusia sebulan, doktor mengesahkan dia turut menghidap penyakit jantung berlubang.
Sejak itu hospital boleh diibaratkan sebagai rumah pertama Faiha.
"Faiha dilahirkan seberat 3.1 kilogram namun akibat penyakit itu, berat badannya susut kepada 2.6 kilogram ketika Faiha dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan pada 15 April lalu," katanya yang bekerja sebagai tukang sapu ketika ditemui di rumahnya di Rumah Murah Pasir Gajah, di sini, kelmarin.
Saudah berkata, selepas diberi minum susu jenama Similec, berat Faiha kini bertambah kepada 3.3 kilogram tetapi doktor maklumkan kalau hendak bedah, beratnya perlu naik hingga 6 kilogram.
"Ketika dirawat di HTAA doktor terpaksa pasang tiub ke dalam hidung Faiha untuk disalurkan susu kerana dia tidak boleh menyusu cara biasa.
“Lepas itu kami minta Faiha ditukarkan ke Hospital Kemaman untuk mudahkan penjagaan tapi pada 30 April keadaannya bertukar membimbangkan dan dihantar ke HSNZ. Setelah lima hari dirawat,
Faiha dibenarkan pulang tetapi masuk semula ke HSNZ pada 5 Jun,” katanya.
Katanya, ketika dimasukkan ke ICU HSNZ pada 5 Jun lalu Faiha dijaga oleh ibu dan bapanya Aizawati Mohd Yassin, 28, dan Amran Ali, 32, kerana pihak hospital hanya membenarkan ibu bapa pesakit sahaja berada di sisi.
Orang ramai atau mana-mana pihak yang berhasrat membantu menampung kos pembedahan Faiha boleh menyalurkan sumbangan masingmasing ke akaun Maybank milik Amran Ali menerusi nombor akaun 155126955963 atau boleh menghubunginya di talian 019-9377282.
Sumber sinarharian.com
Sumber sinarharian.com
Blogger Comment
Facebook Comment