
Akibat Jawab HP Di Stesen Minyak, Wanita Parah Melecur
GARA-GARA mahu menjawab telefon bimbit yang berdering ketika sedang mengisi minyak, seorang gadis mengalami kecederaan 60 peratus melecur pada anggota badan.
Insiden yang berlaku di stesen minyak Shell Setapak Indah, KL jam 1.25 tengah hari tadi dikatakan berpunca daripada sebuah kereta jenis Axia yang meletup sebaik sahaja mangsa membuka pintu kereta untuk menjawab panggilan dari telefon bimbitnya yang diletakkan di kerusi bahagian hadapan.
Bomba sebaik menerima laporan, lima anggota bomba dan penyelamat Wangsa Maju telah dikejarkan ke lokasi.

Komender Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Manogaran ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian dan mengatakan kenderaan yang digunakan mangsa tidak terbakar, sebaliknya berlaku letupan kecil.
Mangsa 60 peratus di seluruh badan dan terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pukul 2.07 petang tadi.
Letupan yang tercetus bagaimanapun dikatakan tidak melarat hingga menyebabkan kebakaran. – – MYNEWSHUB.CC
Blogger Comment
Facebook Comment