Seperti yang kita tahu jumlah wanita melebihi kaum lelaki. Tapi, adakah perkara tersebut menjadi punca wanita lebih memilih suami orang kerana tiada lagi lelaki bujang?
Jika dulu berkahwin dengan suami orang di anggap jahat, sekarang dah macam satu trend dan semakin diterima masyarakat.
1. Lebih MatangJadi, apa sebabnya wanita sekarang lebih memilih suami orang berbanding lelaki bujang.
Lelaki yang sudah berkahwin pernah melalui cabaran di alam perkahwinan. Tidak ada perangai keanak-anakan dan bijak membuat keputusan. Memang wanita cair!
2. Berkerjaya
Kebanyakkan lelaki berkahwin memiliki kerjaya stabil dan tetap berbanding lelaki bujang. Mereka juga sudah memiliki rumah dan aset tetap yang lain. Wanita lebih rasa terjamin di masa akan datang dan tak perlu risau lagi.
3. Bijak bermain kata-kata & mulut manis
Selalunya lelaki sudah berkahwin ni bijak bermain kata-kata sebab dah banyak pengalaman dengan isteri mereka. Jadi tiada masalah untuk memikat wanita lain.
4. Lebih bertanggungjawab, memahami & mengambil hati
Lelaki yang sudah berumahtangga lebih bertanggungjawab berbanding lelaki bujang. Jadi, setiap keperluan wanita memang mereka sudah tahu dan tidak perlu tunjuk ajar.
5. Lebih menghormati wanita
Wanita sentiasa ingin dipuji, dihargai dan dibelai dengan kasih sayang. Lelaki sudah berkahwin mampu penuhi keinginan wanita berbanding lelaki bujang yang berjiwa muda yang ingin lebih perhatian dan lebih bersikap keanak-anakkan.
6. Berasa Selesa
Sebab utama yang membuatkan wanita terpaut dengan suami orang adalah kerana berasa selesa. Lelaki berkahwin lebih matang dan sentiasa menjadi pendengar yang baik. Jadi, wanita boleh meluahkan perasaan dan kongsikan apa saja dengan mereka.







Blogger Comment
Facebook Comment