WANITA CINA BESARKAN CUCU YANG BERBEZA AGAMA gt



Rasa hormat kepada wanita berusia 71 tahun ini kerana dia menjaga cucu yang bukan agama yang sama. Tan Guan Neo yang pengganut Buddha sebenarnya harus dipuji. Dia menjaga sebaik-baik cucunya yang beragama Islam. Tan Guan Neo yang mesra dipanggil Popo ini seorang nenek yang baik.
Dia mempunyai 15 orang cucu dan 11 daripadanya adalah beragama Islam. Popo menjaga Fahira Nabilah Isham, 20, seperti anaknya sendiri tanpa mengabaikan pendidikan agama Islam cucunya. Popo sanggup membasuh rumahnya di Taman Merdeka, Batu Berendam, Melaka dengan air tanah.
Popo menjaga Fahira sedari dia berusia empat bulan. Manakala dua lagi adik-beradik Fahira dijaga oleh besan Popo di Jasin, Melaka. Popo banyak bertanya kepada anak sulungnya, Faridah, bagaimana mahu menjaga Fahira memandangkan Fahira beragama Islam. Popo mengikut apa yang diberitahu oleh anaknya. Malah Popo dan mendiang suaminya juga tidak membela anjing.
Walaupun ada cemuhan daripada jiran, Popo tetap menjaga cucunya. Popo telah mengajar cucunya berpuasa seawal lima tahun. Dia mahu Fahira tahu apa itu Islam dan mempraktikkan agama Islam itu sebaik mungkin. Selain dari itu Popo sendiri menghantar Fahira ke sekolah agama. Jika Fahira tidak solat, Popo akan pukul. Popo bertuah kerana apa yang dia mahu lihat supaya cucunya itu berjaya, tercapai. Fahira sudah khatam Al- Quran sebanyak tiga kali dan tidak tinggal solat.
Kata Popo, jika Nabi Muhammad SAW dijaga oleh bapa saudaranya yang bukan Islam, kenapa tidak dia. Setiap agama disuruh supaya menjadi baik. Walaupun berlainan agama, Popo mengharapkan apa yang dilakukan di dunia, diterima di akhirat kelak. Semoga Popo juga menerima hidayah untuk memeluk Islam.
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close