ULU TIRAM - Seorang kanak-kanak perempuan parah akibat dilanggar oleh sebuah treler, petang semalam.
Dalam kejadian yang berlaku pada Felda Ulu Tebrau itu, mangsa yang juga murid darjah dua di sekolah agama berhampiran dipercayai dalam perjalan pulang ke rumahnya telah dilanggar oleh sebuah treler.
Mangsa nyaris maut terperosok di bawah treler tersebut. Basikal yang dimiliki mangsa juga rosak teruk.
Menurut sumber, keadaan mangsa kini kritikal. Tangan mangsa juga patah, belakang tengkoraknya juga retak, selain mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan yang lain.
Ibu bapa diminta menasihatkan anak-anak mereka agar berhati-hati apabila dalam perjalanan pulang ke sekolah secara bersendirian. -
Blogger Comment
Facebook Comment