Baru mendapat satu panggilan dari seorang lelaki yang telah 'terlepas' melafazkan talak kepada isterinya ketika dalam keadaan marah.
Dia rasa tercabar apabila isteri menjawab setiap kata-katanya ketika mereka sedang bergaduh. Tindakan si isteri seolah-olah mencabarnya.
"Berapa talak yang awak lafaz?" tanya saya.
"Tiga ustaz. Sekarang ini saya rasa menyesal sungguh. Dia pun menyesal dan asyik menangis. Anak-anak kami masih kecil lagi," katanya.
Saya memintanya untuk rujuk di Mahkamah Syariah.
Wahai isteri, jika suami tengah marah, tindakan yang paling tepat anda lakukan ialah DIAM.
Ya, Diam. Usah berperang mulut dengan suami. Ia tidak akan memberikan apa-apa kesan positif kerana ego suami pada ketika itu berada di tahap yang paling tinggi.
Kerap kali berlaku kes perceraian kerana terlepas talak kerana hal-hal sebegini. Berhati-hatilah semua. - Mohd Nizar Mohd Nadzir
Blogger Comment
Facebook Comment